web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Segera Vaksin Jika Tidak Mahu Dikenakan Tindakan - Pengarah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 9:54PM

Mohd Yusri (kanan) bersama Mohammad Rosli (kiri) menunjukkan dokumen penghargaan selepas Mesyuarat Permuafakatan PDRM Pahang dan JPNP di IPK Pahang, hari ini. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Semua 301 guru sekolah menengah dan rendah di Pahang yang masih belum mendapatkan vaksin diberi tempoh sehingga hujung bulan untuk berbuat demikian, atau berdepan tindakan tegas oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP).

Pengarah Pendidikan negeri, Mohammad Rosli Abdul Rahman berkata, tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap guru yang mengingkari arahan tersebut, memandangkan pembukaan penuh sesi persekolahan bakal bermula 25 Oktober nanti.

"Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap guru yang gagal atau menolak untuk divaksin kerana ia akan memberi kesan dan risiko kepada ramai pihak, termasuk pelajar apabila sesi persekolahan secara bersemuka dimulakan. 

"Bagi kami di JPNP, kita mengambil tindakan selaras dengan keputusan dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), maknanya sebarang tindakan tertakluk kepada keputusan JPA, jadi kita akan rujuk mereka terlebih dahulu sebelum tindakan diambil," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Permuafakatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPNP Siri Dua di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini. 

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dan pegawai kanan kedua-dua jabatan. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mah Hang Soon pada 5 Oktober lalu dilaporkan berkata, tindakan disiplin akan diambil terhadap guru yang gagal melengkapkan dos vaksin masing-masing menjelang tarikh akhir ditetapkan JPA, iaitu 1 November ini. 

Beliau berkata, semua guru perlu mematuhi pekeliling dikeluarkan JPA, yang turut memaparkan maklumat berkenaan tarikh akhir serta hukuman menanti mereka jika gagal mengikut arahan.

Pekeliling itu antara lain menyebut, individu yang tidak boleh divaksin kerana masalah kesihatan perlu menghantar laporan yang disahkan pegawai kesihatan di hospital kerajaan kepada ketua jabatan masing-masing.

Sementara itu, Mohd Yusri dalam sidang media sama memaklumkan, pihak PDRM Pahang sedia membantu JPNP dan Pejabat Pendidikan Daerah dalam memastikan sesi pembukaan sekolah secara bersemuka pada 25 Oktober ini berjalan lancar. 

"Kita ada pegawai perhubungan sekolah yang dilantik PDRM Pahang bagi membantu pihak sekolah untuk memastikan semua perjalanan atau operasi di tidak terganggu," katanya. 

Mohd Yusri turut memaklumkan, mesyuarat permuafakatan antara PDRM Pahang dan JPNP adalah antara kaedah berkesan bagi memastikan sesi persekolahan tidak bermasalah, terutamanya isu disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. 

"Tidak ada kes pelajar di Pahang terbabit dengan aktiviti atau kegiatan gengsterisme, kalau ikut statistik yang kita ada, kebanyakan kes jenayah membabitkan kes buli dan (jenayah) seksual. 

"Tapi, secara umumnya banyak perbezaan, ada penurunan kes jenayah membabitkan pelajar sekolah untuk tahun ini, berbanding tahun lalu," katanya. - Getaran, 13 Oktober 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Guru Langgar Disiplin Perlu Dikecualikan Kenaikan Pangkat Secara 'Time Based' – PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia