web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Didakwa Edar 303kg Syabu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 7:24AM

Tertuduh (baju biru) berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan mengedar 303 dadah jenis syabu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Tai Chee Khiong, 49, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan.

Berdasarkan pertuduhan, Chee Khiong didakwa mengedar dadah jenis metafetamin seberat 303,155.91 gram pada 6 September 2021, jam 7.30 malam, di Kampung Batu Payung, dalam daerah Tawau.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2), akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan tidak kurang daripada 15 sebatan.

Amir Shah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 29 November depan sementara menunggu laporan kimia.

 Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden (ASP) Dayang Nur Azarinawaty Ag Kachee manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini Getaran melaporkan, polis kontinjen Sabah berjaya melakukan tangkapan dadah terbesar bernilai hampir RM11 juta.

Turut dirampas dalam serbuan itu ialah kenderaan dan wang tunai berjumlah RM122,284.57. - Getaran, 14 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 5 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia