web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin COVID-19 Untuk Kanak-Kanak, Beri Atau Tidak?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 11:44AM

Connie (tiga dari kiri) bersama keluarganya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sehingga hari ini, seramai 21,220,121 populasi dewasa negara sudah lengkap divaksinasi, sekali gus mencapai 90 peratus sasaran yang ditetapkan kerajaan.

Malah 370,995 atau 11.8 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun juga sudah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Bagi membantu negara mengejar imuniti kelompok dan persediaan memasuki fasa endemik, Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tahun depan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin ketika merasmikan sambutan Hari Doktor Malaysia pada Ahad lalu berharap, golongan itu dapat divaksin tahun depan agar mereka dapat dilindungi daripada ancaman COVID-19.

Begitupun, pengumuman tersebut menimbulkan reaksi berbeza dalam kalangan ibu bapa yang memiliki anak kecil.

Ada yang bersetuju, tidak kurang menolak malah ada juga masih dalam dilema mengenai perkara berkenaan.

Suri rumah, Zulaikha Zahid, 36 berkata, program berkenaan meletakkan dia dalam dilema, sama ada mahu mengizinkan ketiga-tiga anaknya menerima vaksin tersebut atau tidak.

Zulaikha dalam keadaan dilema sama ada mahu tiga anaknya diberikan vaksin COVID-19 atau tidak.
Zulaikha dalam keadaan dilema sama ada mahu tiga anaknya diberikan vaksin COVID-19 atau tidak.

“Saya tersepit antara nak beri atau tidak. Kalau ikutkan hati belum sedia izinkan tapi pada masa sama anak-anak perlu dilindungi.

“Tapi selagi masih ramai yang belum divaksin, kanak-kanak antara golongan berisiko tinggi dijangkiti. Melihat keadaan itu saya rasakan, kanak-kanak perlu divaksin kerana mereka terdedah kepada bahaya ketika ini,” katanya kepada Getaran.

Sementara itu, Connie Sylvie Moncal, 38 berkata, dia masih berat hati untuk membenarkan suntikan vaksin COVID-19 diberi terhadap anak-anaknya.

“Secara jujurnya saya tidak bersetuju kerana keberkesanan vaksin itu masih belum menyakinkan. Malah kita tak tahu sama ada ia selamat untuk kanak-kanak.

“Lagipun anak sulung saya ada kekurangan enzim G6PD, jadi risau sekiranya vaksin tersebut beri kesan kepada kesihatannya.

“Jika terdapat ujian klinikal yang dilakukan ke atas kanak-kanak membuktikan vaksin tersebut selamat, saya mungkin boleh mempertimbangkan mengenainya,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Pada masa sama, suri rumah itu berharap agar ibu bapa diberi pilihan mengenai perkara tersebut.

“Kalau boleh beri pilihan kepada ibu bapa sama ada mahu anak mereka divaksin atau tidak. Tak perlu wajibkan kepada golongan ini.

“Lagipun anak-anak dari bayi lagi sudah menerima bermacam-macam vaksin. Vaksin sedia ada boleh kita terima tetapi vaksin COVID-19 masih baru lagi untuk mereka,” katanya yang sudah lengkap divaksinasi.

Berbeza pula dengan Azura Othman, 29 apabila bertegas mahu anak-anaknya divaksin kerana bimbang dengan penularan varian Delta yang jauh lebih berbahaya.

“Rasa lega sangat-sangat bila dengar pengumuman Menteri Kesihatan mengenai pemberian vaksin kepada kanak-kanak.

“Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Bagi saya, itu sahaja cara untuk kita lindungi mereka kerana virus ini tidak mengenal sesiapa,” katanya.

Akauntan yang mempunyai dua anak kecil itu mengakui tetap bimbang, dan sentiasa berjaga meskipun 90 peratus individu dewasa di negara ini sudah menerima dua dos lengkap.

“Walaupun golongan dewasa sudah lengkap divaksin, risiko untuk dijangkiti itu tetap ada. Bila dah divaksin bukan bermakna kita kebal tapi sekurang-kurangnya kita dapat mengelak gejala serius.

“Sampai sekarang pun saya masih tak bawa anak-anak keluar kerana takut dan masih trauma disebabkan ada ahli keluarga yang meninggal dunia akibat COVID-19,” katanya.

Risiko kanak-kanak untuk dijangkiti COVID-19 adalah lebih tinggi khususnya mereka yang berusia bawah usia 12 tahun dan belum divaksin, manakala jumlah pesakit dimasukkan ke hospital turut menunjukkan peningkatan ketara sejak berlakunya penularan varian Delta yang semakin dominan dalam negara.

Setakat 19 September lalu, 67 kematian dalam kalangan kanak-kanak telah dilaporkan, berbanding enam kematian pada tahun 2020.

Sehingga 30 September lalu, lebih 400,000 kes jangkitan COVID-19 melibatkan individu bawah 18 tahun direkodkan, meningkat daripada sekitar 12,000 pada tahun lepas.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 252,569 adalah murid sekolah manakala 42,831 lagi melibatkan kanak-kanak prasekolah. - Getaran, 14 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia