web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pulau Batu Puteh, Mengaku Kalah Sebelum Berjuang - Sultan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 6:45PM

Gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa terkilan apabila kerajaan terdahulu tidak meneruskan permohonan semakan penghakiman ke atas kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Baginda bertitah, keputusan yang dibuat itu (tidak meneruskan permohonan semakan) umpama mengaku kalah sebelum masuk ke gelanggang.

“Tindakan ini (tidak meneruskan permohonan semakan) seolah-olah mengalah sebelum masuk gelanggang.

“Kenapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan itu diambil sedangkan kita telah menemui bukti baharu yang berpihak kepada kita? Ini yang menyebabkan saya cukup terkilan,” titah baginda.

Pada masa sama Sultan Ibrahim bertitah, tindakan juga perlu diambil sekiranya benar dakwaan ada pihak yang melakukan kecuaian atau kekhilafan dengan tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes itu.

Baginda turut menuntut penjelasan terhadap tindakan kerajaan tidak meneruskan permohonan semakan itu, ketika barisan pentadbiran negara diterajui Pakatan Harapan (PH), di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri pada 2018.

“Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu? Adakah kita negeri anak tiri? Kalau tak suka Johor, cuba kalau Malaysia kehilangan Pulau Langkawi kepada Thailand, bagaimana rasa orang Kedah agaknya?

“Saya mahu pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri dapat menjelaskan punca kerajaan sewaktu pimpinan Dr Mahathir menarik balik semakan kes berkenaan. Ambil tindakan setegas-tegasnya jika benar berlaku kekhilafan. Ini adalah soal kedaulatan kita,” titah baginda.

Pada 10 Oktober lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri memberi jaminan akan bekerjasama membantu kerajaan Persekutuan dalam usaha mendapatkan pelbagai dokumen dan pandangan yang diperlukan berhubung isu Pulau Batu Puteh.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga setuju dan akan memberikan sokongan penuh tentang tindakan undang-undang di bawah ‘tort of misfeasance’ ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kecuaian dan kekhilafan kerana tidak meneruskan permohonan semakan serta pentafsiran kes berkenaan.

“Kerajaan negeri juga mahu supaya perkara itu disegerakan agar mereka yang bertanggungjawab dibawa segera ke muka pengadilan.

“Berdasarkan dapatan daripada hasil siasatan itu kelak, kerajaan negeri juga bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas bagi tujuan semakan semula undang-undang berkenaan isu Pulau Batu Puteh.

Beliau memaklumkan, pasukan petugas khas itu akan membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan pilihan yang bersesuaian, dengan mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang antarabangsa. - Getaran, 14 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia