web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keputusan Negatif COVID-19 Di MySejahtera Perlu Dilapor - KKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 7:47PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasti ramai di antara kita yang sudah melakukan saringan ujian COVID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Namun tahukah anda apa yang perlu dilakukan walaupun keputusan ujian saringan disahkan negatif?

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu ciapan di Twitter hari ini memaklumkan, individu yang disahkan bebas daripada jangkitan berbahaya itu masih perlu melaporkan keputusan tersebut melalui aplikasi MySejahtera.

“Walaupun hasil ujian kendiri negatif, anda juga perlu melaporkan kepada KKM menggunakan MySejahtera,” katanya.

Maklumat itu jelas beliau, amat penting bagi membolehkan pihaknya menentukan kadar kes positif harian di negara ini.

“Maklumat anda penting untuk menentukan kadar positif. Selepas selesai melakukan ujian kendiri, jangan lupa lupuskan alatan kit dengan betul,” katanya.

Individu yang menjadi kontak rapat kepada kes COVID-19 juga dinasihatkan untuk menjalani kuarantin wajib sehingga tamat tempoh 10 hari.

“Jika anda bergejala, teruskan kuarantin dan pantau status kesihatan. Jika gejala semakin teruk, dapatkan penilaian kesihatan di fasiliti kesihatan,” katanya.

Bagi keputusan saringan ujian tidak sah, pula, individu terbabit dinasihati mengulangi ujian tersebut, termasuk menghubungi farmasi atau fasiliti kesihatan swasta untuk penggantian kit.

Hari ini, KKM melaporkan angka COVID-19 kembali melonjak apabila 8,084 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terbaru itu menjadikan angka kumulatif kes setakat hari ini mencecah 2,369,613 kes. - Getaran, 14 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tangani Masa Menunggu Lama, KKM Perluas Sistem Temu Janji MySejahtera

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PRU-15: Pengundi Positif COVID-19 Perlu Lapor Dalam MySejahtera, Dapatkan Garis Panduan Mengundi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

MySejahtera Diurus Bahagian Baru KKM Agar Operasi Lebih Teratur

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PAC Syor MySejahtera Dimiliki Sepenuhnya Kerajaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia