web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MySejahtera Diurus Bahagian Baru KKM Agar Operasi Lebih Teratur

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 7:30PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengurusan aplikasi MySejahtera akan diletakkan di bawah Bahagian Kesihatan Awam iaitu Bahagian baharu di Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Setiausahanya, Datuk Harjeet Singh berkata, langkah itu dilakukan bagi menjadikan operasi aplikasi tersebut lebih teratur apabila kakitangan dengan kemahiran tertentu dapat berkhidmat di bahagian berkenaan.

“Sejak pengawalseliaan MySejahtera dipindahkan kepada KKM pada 26 November 2021, beberapa perkara telah dilaksanakan bagi menentukan hala tuju MySejahtera.

“Ini termasuk penubuhan Jawatankuasa Pemandu MySejahtera yang dipengerusikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan dibantu juga sebuah Jawatankuasa Teknikal MySejahtera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Harjeet berkata, KKM turut bersetuju dengan pandangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa kerajaan harus memiliki aplikasi MySejahtera sepenuhnya.

Menurut beliau, Jawatankuasa Rundingan Harga dianggotai oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM yang ditubuhkan telah mengadakan mesyuarat bersama MySJ Sdn Bhd selepas mendapat kelulusan Kementerian Kewangan pada 24 Februari 2022 untuk rundingan.

“Di dalam rundingan ini, kesemua pihak bersetuju untuk pemilikan kerajaan sepenuhnya dan akan dinyatakan dengan jelas di dalam perjanjian yang akan ditandatangani dalam masa yang terdekat.

“Perjanjian yang bakal ditandatangani itu juga menyatakan dengan jelas bahawa tiada mana-mana pihak yang dibenarkan untuk menggunakan data di dalam MySejahtera. Data aplikasi itu adalah terpelihara dan dimiliki sepenuhnya oleh KKM,” katanya.

Beliau berkata, KKM juga dalam proses melantik perunding bebas untuk melihat sebarang isu berkenaan dengan keselamatan MySejahtera yang boleh mengancam integriti data MySejahtera.

“Laporan keselamatan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dan akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Teknikal MySejahtera,” katanya.

Sementara itu, Harjeet berkata, harga siling untuk perolehan MySejahtera adalah mengambil kira selepas tamatnya tempoh tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu dari 1 Mac 2021 hingga 1 April 2023, dan juga pelbagai modul diperkenalkan.

Malah katanya, ia juga ditentukan melalui kajian dan kaedah functional point analysis (FPA) dijalankan oleh MAMPU yang berperanan sebagai penilai teknikal aplikasi dan juga agensi yang melihat kepada tadbir urus teknikal.

“Rundingan di antara kerajaan dengan MySJ Sdn Bhd adalah untuk perkhidmatan membangun dan menyelenggarakan 18 modul yang telah dilaksanakan oleh syarikat tersebut dan tidak termasuk tiga modul perkhidmatan CSR.

“Untuk perkhidmatan di masa hadapan, KKM kini sedang dalam usaha menjalankan kolaborasi bersama pembangun aplikasi yang lain bagi pembangunan ciri-ciri lain di dalam MySejahtera,” katanya.

Beliau berkata, sebagai langkah permulaan, ciri paparan rekod pendermaan darah adalah melalui data yang disalurkan daripada Sistem Maklumat Tabung Darah (BBIS) kepada Sistem Perkongsian Maklumat Kesihatan (Health Exchange Information System) sebelum ia diintegrasikan ke dalam aplikasi MySejahtera.

Ujarnya lagi, sijil hak cipta MyIPO untuk MySejahtera telah diperolehi pada 2 Ogos lalu.

Terdahulu, PAC mengesyorkan supaya kerajaan memastikan pemilikan penuh dalam aplikasi MySejahtera bagi menjamin keselamatan data peribadi pengguna dalam aplikasi itu serta data berkenaan tidak disalah guna mana-mana pihak.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, kerajaan juga perlu menyemak semula kewajaran pemberian kontrak aplikasi itu secara rundingan terus yang dibuat melalui keputusan Jemaah Menteri pada 27 November 2021, dan kerajaan harus mengambil alih keseluruhan aplikasi berkenaan melalui MAMPU.

Katanya, kerajaan juga perlu mengambil pendekatan lebih berhemah dalam segala proses perolehan. - Getaran, 4 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang