web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Pengundi Positif COVID-19 Perlu Lapor Dalam MySejahtera, Dapatkan Garis Panduan Mengundi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 1:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BULOH - Pengundi yang positif COVID-19 perlu melaporkan status kesihatan mereka dalam aplikasi MySejahtera masing-masing untuk mendapat pemakluman mengenai garis panduan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media mengenai situasi semasa COVID-19 di sini hari ini berkata garis panduan tersebut akan dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berserta pautan berkaitan.

“Bila klik pautan tersebut, mereka akan dapat maklumat tentang garis panduan mengundi bagi individu positif COVID-19. Sebagai contoh, mereka tidak dibenarkan menaiki pengangkutan awam dan wajib memakai pelitup muka semasa berada di pusat mengundi.

"Mereka juga tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing dan perlu segera pulang selepas selesai mengundi dan juga diwajibkan memakai pelitup muka,” katanya.

Khairy berkata pada hari pengundian kelak, pengundi positif COVID-19 mesti melaporkan status jangkitan mereka itu kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di pintu masuk pusat mengundi.

“Pesakit COVID-19 akan diiringi oleh KKM sehingga pintu masuk bilik mengundi maksudnya, mereka tidak akan beratur dengan pengundi lain…sebab setelah KKM membuat penilaian risiko, kita tidak mahu individu positif COVID-19 untuk bersama dengan pengundi lain.

“Kita tidak boleh buat saluran baharu kerana seperti dimaklumkan, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) punya kekangan sumber dan sebagainya, jadi kita benarkan mereka (pesakit COVID-19) masuk, mengundi, keluar dan balik,” katanya pendekatan itu adalah paling selamat dan efisien untuk membenarkan individu positif COVID-19 keluar mengundi.

Justeru, Khairy turut menasihatkan para pengundi lain agar bersabar sekiranya melihat mana-mana individu yang dibawa terus memasuki bilik mengundi pada hari pengundian PRU15.

Selain itu, KKM menasihatkan semua pengundi agar menggunakan pensanitasi tangan yang disediakan di tempat mengundi malah disyorkan untuk membawa pensanitasi tangan sendiri serta mematuhi penjarakan fizikal dalam mencegah jangkitan COVID-19.

Semalam, Khairy berkata KKM tidak melaksanakan laluan khas bagi individu positif COVID-19 di tempat mengundi pada PRU-15 selepas kementerian mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan termasuk SPR kerana mengambil kira kekurangan sumber, ruang dan tenaga kerja. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengusaha Akur Garis Panduan Demi Keselamatan Di Tapak Perkhemahan

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Rocky Din Terharu Berpeluang Rakam Semula Lagu 'Marilah Mengundi'

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lapor Jika Ada Akaun Media Sosial Salah Guna Nama Agong, Raja Permaisuri

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi