web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengusaha Akur Garis Panduan Demi Keselamatan Di Tapak Perkhemahan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2024 9:04AM

Gambar hiasan dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengusaha tapak perkhemahan manyambut baik garis panduan baharu yang dikuatkuasakan kerajaan bagi menjamin keselamatan orang awam.

Pengarah Asia Camp Sdn Bhd, Mohd Azizan Yunus berkata, syarikatnya kini dalam proses menyelaraskan operasi mengikut Garis Panduan Perancangan Tapak Perkhemahan (GPPTP) yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Pada peringkat awal selepas garis panduan tersebut diperkenalkan, ramai pengusaha sukar untuk memahami dan melakukan beberapa perubahan.

"Bagaimanapun, semua pihak yang terlibat dalam industri yakin perubahan ini perlu demi menjamin aktiviti riadah di negara ini lebih selamat dan mampan," katanya.

Tambah beliau, garis panduan ini juga memberi peluang kepada pengusaha untuk meningkatkan kualiti dan keselamatan orang awam.

Terdapat lebih 800 tapak perkhemahan di seluruh Malaysia, dengan 200 daripadanya terletak di Selangor.

Pada 27 Mac lalu, Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-82 telah meluluskan GPPTP sebagai panduan merancang dan memastikan tapak perkhemahan selamat, mampan serta mematuhi perundangan. 

GPPTP disediakan oleh KPKT melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta pihak berkepentingan, termasuk pemain industri dan persatuan pengamal aktiviti perkhemahan. 

Ia memfokus tiga aspek utama iaitu perancangan tapak, mekanisme pemajuan dan kawal selia serta pengurusan operasi tapak perkhemahan.

GPPTP ini disediakan susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Selangor pada 16 Disember 2022 yang telah meragut 31 nyawa. Insiden itu telah mencetus persoalan tentang tahap keselamatan dan peraturan di tapak-tapak perkhemahan.

Mengulas lanjut, Azizan berkata syarikatnya mempunyai 30 pekerja yang menguruskan tapak-tapak perkhemahan di Taman Negara Pahang serta di Tanjung Karang dan Semenyih di Selangor.

"Garis panduan yang telah ditetapkan ini komprehensif dan merangkumi pelbagai aspek pengurusan tapak perkhemahan, termasuk keselamatan, kelestarian alam sekitar dan pematuhan undang-undang.

"Ini termasuklah memastikan tapak perkhemahan berada sekurang-kurangnya 10 meter dari kawasan air terjun dan beberapa pelarasan berkait keselamatan. Ini merupakan satu piawaian yang baik untuk diikuti," katanya.

Menurut Azizan lagi, semua pengusaha telah diberi tempoh selama dua tahun untuk memastikan tapak perkhemahan mereka memenuhi piawaian yang ditetapkan.

"Walaupun mencabar tetapi ini juga peluang untuk pengusaha meningkatkan kualiti serta keselamatan bagi orang awam yang mahu merasai pengalaman di tapak perkhemahan yang kami tawarkan.

"Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan semua garis panduan dipatuhi sepenuhnya. Kami percaya usaha ini akan memberi manfaat kepada semua untuk jangka masa panjang," jelasnya. – The Vibes, 29 Julai, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Amalan Buruh Paksa Dalam Negara Terkawal

2

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Garis Panduan Konsert Di IPT: Pembabitan MPP Penuhi Aspirasi Mahasiswa

3

Semasa 1 tahun yang lalu

MPP, Kesatuan Mahasiswa Perlu Terlibat Rangka Garis Panduan Konsert di IPT 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Keluar Garis Panduan Elak Salah Guna Surat Sokongan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah