web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amalan Buruh Paksa Dalam Negara Terkawal

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 4:52PM

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar menerima buku 'Garis Panduan Mencegah dan Membasmi Amalan Buruh Paksa di Tempat Pekerjaan' daripada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Mohd Asri Abdul Wahab selepas merasmikan Seminar On Combatting Forced Labour in Malaysia hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan memandang serius amalan buruh paksa di Malaysia walaupun ia masih terkawal dan meletakkan sasaran sifar buruh paksa menjelang 2030, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

Beliau berkata komitmen kerajaan menangani buruh paksa boleh dilihat menerusi pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang mewujudkan peruntukan baharu menerusi Seksyen 90B berhubung buruh paksa, selain melancarkan Pelan Tindakan Nasional Buruh Paksa (2021-2025) (NAPFL).

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) pula sudah mengambil tindakan apabila 1,321 kertas siasatan dibuka terhadap 645 majikan sejak 1 Januari lalu atas pelbagai kesalahan perburuhan antaranya pemotongan gaji yang menyalahi undang-undang.

Dalam tempoh sama juga, 272 majikan sudah dikenakan kompaun berjumlah RM2.17 juta, manakala 128 majikan dikenakan tindakan denda oleh mahkamah berjumlah RM242,000, katanya.

"Tindakan JTKSM itu bukan bertujuan untuk menghukum majikan terbabit sebaliknya sebagai pengajaran supaya isu buruh paksa tidak dipandang ringan dalam negara," katanya pada sidang media selepas melancarkan Garis Panduan Mencegah dan Membasmi Amalan Buruh Paksa di Tempat Pekerjaan di sini, hari ini.

Garis panduan setebal 50 muka surat itu adalah usaha JTKSM dan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diterbitkan sebagai panduan kepada majikan dan pekerja serta memupuk kesedaran pihak berkepentingan dalam isu amalan buruh paksa.

Buku berkenaan menjelaskan mengenai indikator buruh paksa antaranya penganiayaan terhadap golongan rentan, kerja lebih masa berlebihan dan keganasan fizikal serta seksual.

Berdasarkan peruntukan di bawah Artikel 2(1) Konvensyen Buruh Paksa 1930, sebarang kerja atau perkhidmatan yang dilakukan seseorang di bawah ancaman apa-apa bentuk dan tanpa kerelaan ditakrifkan sebagai buruh paksa.

Buku berkenaan akan diedarkan ke premis kerajaan dan juga majikan swasta dan boleh diperoleh menerusi laman web JTKSM. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pengusaha Akur Garis Panduan Demi Keselamatan Di Tapak Perkhemahan

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Tempoh Proses Permohonan Bawa Masuk Pekerja Asing Kini Hanya 15 Bulan 23 Hari

3

Semasa 8 bulan yang lalu

ABMS Jadi Panduan KSM Perkukuh Tadbir Urus, Tangani Risiko Rasuah

4

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Garis Panduan Konsert Di IPT: Pembabitan MPP Penuhi Aspirasi Mahasiswa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang