web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Garis Panduan Konsert Di IPT: Pembabitan MPP Penuhi Aspirasi Mahasiswa

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2023 11:35AM

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini mengumumkan bahawa garis panduan aktiviti hiburan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu dirangka dan disediakan oleh IPT melalui pembabitan Majlis Perwakilan Pelajar serta Kesatuan Mahasiswa. gambar Facebook Jabatan Pengajian Tinggi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penglibatan Majlis Perwakilan Pelajar dan Kesatuan Mahasiswa (MPP/KM) dalam proses merangka garis panduan bagi menjalankan aktiviti hiburan (konsert) di institusi pengajian tinggi (IPT) dapat memastikan ia memenuhi aspirasi mahasiswa serta mengikut kesesuaian di IPT masing-masing.

Yang Dipertua MPP Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Muhammad Farid Zainal berkata barisan MPP UMK menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan autonomi kepada mahasiswa dan pihak universiti bagi merangka bersama garis panduan tersebut, sekali gus membuka lebih ruang dan pendedahan kepada mahasiswa untuk belajar memimpin dan mengawal situasi.

“Kadang-kadang apabila mahasiswa berurusan dengan mahasiswa, perkara itu lebih mudah difahami dan diselesaikan,” katanya kepada Bernama di sini.

Susulan itu, Muhammad Farid berkata pihaknya dan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) sudah bersepakat dan bercadang supaya universiti itu merangka garis panduan berdasarkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 negeri Kelantan dan draf garis panduan yang diberikan KPT bagi menjalankan sebarang aktiviti hiburan membabitkan mahasiswa.

“Ini kerana kami berpendapat sebarang bentuk aktiviti hiburan perlulah mengikut piawaian atau garis panduan yang sudah ditetapkan mengikut lokaliti sesebuah institusi tersebut. Kami tidak pernah menghalang mahasiswa UMK dalam menganjurkan program berbentuk hiburan asalkan mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“Pihak kami mengambil serius akan perkara ini supaya dapat menjamin aktiviti hiburan membabitkan rakan mahasiswa adalah mengikut peraturan, terkawal dan tidak mencemarkan nama baik universiti,” katanya.

Dalam pada itu, TNC HEPA Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Al-Khalid Othman berkata pihaknya dan MPP akan bekerjasama dalam merangka garis panduan aktiviti hiburan universiti selari dengan Garis Panduan Penganjuran Konsert peringkat Negeri Sarawak.

Beliau berkata satu sesi libat urus bersama wakil MPP dan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar UNIMAS yang dipengerusikannya sudah diadakan pada Selasa lalu bagi mendapat pandangan berkenaan cadangan pembangunan garis panduan tersebut.

“Penglibatan MPP/KM dalam proses merangka dan menyediakan garis panduan bagi menjalankan aktiviti hiburan di IPT membuka ruang dalam mempertimbangkan hak anak-anak seni untuk menjalankan aktiviti kesenian serta kebudayaan terutamanya yang berbentuk konsert.

“Ini juga demi memastikan usaha mengembangkan bakat dan memperkasakan mahasiswa diteruskan agar institusi IPT negara dapat melahirkan graduan yang berkualiti,” katanya.

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dalam kenyataan pada Selasa menyebut MPP/KM perlu dilibatkan dalam proses merangka dan menyediakan garis panduan menjalankan aktiviti hiburan (konsert) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Menurut JPT arahan kepada semua pengurusan IPT di bawah KPT itu dibuat bagi memastikan suara dan keperluan mahasiswa serta kesesuaian di setiap IPT dan lokaliti diambil kira sebelum ia diguna pakai secara rasmi di peringkat IPT masing-masing.

Arahan terbabit adalah selaras pengumuman Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini supaya garis panduan menjalankan aktiviti hiburan di IPT perlu dirangka dan disediakan oleh IPT melalui pembabitan MPP/KM. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengusaha Akur Garis Panduan Demi Keselamatan Di Tapak Perkhemahan

4

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki