web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


ABMS Jadi Panduan KSM Perkukuh Tadbir Urus, Tangani Risiko Rasuah

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 8:34PM

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) akan menjadi panduan kepada semua jabatan serta agensi bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), dalam usaha mengukuhkan tadbir urus serta mengenal pasti risiko rasuah dan salah guna kuasa.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, ketika ini inisiatif itu mula diguna pakai di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan langkah itu dilaksanakan dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

"Pelaksanaan ABMS ini adalah langkah proaktif untuk memastikan kakitangan PTPK mematuhi etika kerja serta menunjukkan komitmen yang tinggi membanteras rasuah dalam perkhidmatan awam.

"Matlamat berkenaan juga selari dengan kerangka Malaysia MADANI yang mengutamakan integriti dan kecekapan dalam pentadbiran awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pembangunan ABMS didorong prestasi cemerlang PTPK yang mencatatkan risiko tahap sederhana menerusi penarafan semula risiko oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi 2023.

Selain itu, katanya, PTPK selaku pembiaya utama latihan kemahiran negara, terus komited memperkasa agenda pembangunan modal insan negara, terutama dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan menyediakan pembiayaan bagi menggalakkan masyarakat mengikuti bidang kemahiran.

Beliau berkata, PTPK sentiasa cakna dan memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan yang terbaik, dan sekali gus menyokong kepada pemacu perubahan Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menambah baik ekosistem TVET bagi membangunkan bakat tersedia pada masa hadapan.

Kenyataan itu turut memaklumkan, Sim mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat PTPK di ibu negara baru-baru ini yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Eksekutif PTPK, Mohd Fathullah Mustafa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim

3

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Strategi Baharu Akan Dirangka Pastikan Bakat TVET Relevan - Steven Sim

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Tempoh Proses Permohonan Bawa Masuk Pekerja Asing Kini Hanya 15 Bulan 23 Hari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 29 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki