web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2024 12:21PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan di Putrajaya, semalam. gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena dengan Hari Pekerja semalam tidak seharusnya dijadikan perdebatan, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan menghargai semua golongan pekerja di negara ini dan ia telah dibuktikan menerusi semakan semula kadar gaji minimum melalui Dasar Gaji Progresif dalam usaha memastikan pekerja di sektor swasta mendapat gaji lebih tinggi seiring peningkatan produktiviti.

"Penjawat awam ini merupakan petugas barisan hadapan. Kalau kita nak ekonomi negara rancak supaya boleh mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik, maka kita perlukan penjawat awam yang mempunyai produktiviti dan kecekapan yang lebih tinggi.

"Maka, dengan penghayatan dan penghargaan yang diberi kepada penjawat awam, saya yakin ia akan memberikan motivasi kepada penjawat awam terus melaksanakan tugas mereka untuk sama-sama membangunkan ekonomi negara," katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Suara Anak MADANI di sini, malam tadi.

Anwar semalam mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara dan kenaikan itu melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.

Mengulas lanjut, Sim berkata, negara telah mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion tahun lalu hasil daripada dukungan semua pihak termasuk penjawat awam.

"Dengan adanya pelaburan ini, baru ekonomi kita mengembang dan seterusnya akan ada peluang pekerjaan yang menawarkan gaji lebih baik. Jadi, ada hubungan simbiosis ataupun kerjasama, ia bukan satu persaingan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kerajaan Komited Cari Jalan Naikkan Gaji Penjawat Awam Sebelum Akhir Tahun Ini - PM

4

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Strategi Baharu Akan Dirangka Pastikan Bakat TVET Relevan - Steven Sim

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 23 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka