web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Komited Cari Jalan Naikkan Gaji Penjawat Awam Sebelum Akhir Tahun Ini - PM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 8:21AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai selepas selesai menunaikan solat Jumaat bersama 2,000 jemaah di Masjid Al-Huda Sungai Ara, Bayan Lepas Pulau Pinang, semalam. gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PERMATANG PAUH - Kerajaan akan mencari jalan dan berusaha menaikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, berita baik untuk penjawat awam akan diumum dalam tempoh beberapa bulan lagi dengan memberi bayangan selewat-lewatnya ketika pembentangan Belanjawan 2025.

"Duit (kerajaan) tiada bukan salah orang kampung, bukan salah pekerja tetapi salah pengurusan kerajaan, pimpinan terutama yang sakau. Sementara hendak betulkan salah mereka yang sakau, kita tidak boleh bebankan orang bawah.

"Jadi, dengan cara apapun, kita kena cari jalan naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini. Masa Belanjawan, dengar dari mula sampai akhir sebab saya tidak beritahu bila saya akan umum," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 di Universiti Teknologi MARA Kampus Permatang Pauh hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, semua pimpinan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan juga sepakat dalam soal gaji penjawat awam.

Sebelum ini, Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu mengumumkan bahawa Sistem Saraan Perkhidmatan Awam akan dilaksana sepenuhnya mulai 2025.

Menyentuh cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), Anwar membidas kerajaan terdahulu kerana tidak melakukannya dengan cara yang betul.

"Di Malaysia, draf pindaan akta perlu diluluskan Jemaah Menteri, dipersembah kepada Majlis Raja-Raja Melayu, Majlis Raja-Raja akan bincang dengan teliti, bawa balik dengan draf perundangan, bawa kepada Peguam Negara dan patah balik kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

"Belum dilakukan, jangan temberang. Tidak benar sama sekali. Majlis Raja-Raja Melayu belumpun teliti draf undang-undang itu," kata beliau.

Justeru itu, Anwar berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar akan meneliti cadangan pindaan berkenaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan berbincang dengan semua mufti, ulama serta sangar-sangar Islam di dalam dan luar negara supaya undang-undang tersebut mantap sebelum dibawa kepada Majlis Raja-Raja.

"Kalau undang-undang ini dibuat sambil lewa, undang-undang lemah, orang akan hina Islam dan undang-undang Islam kerana salah dan gopohnya pemimpin-pemimpin Islam," kata beliau.

Pada Februari lalu, Mohd Na'im berkata, sesi libat urus bagi meminda rang undang-undang 355 kini di peringkat akhir dan laporannya akan dibawa ke Kabinet sebelum dibentang di Parlimen tahun ini.

Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan kit makanan kepada golongan asnaf serta pelajar. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini