web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Keluar Garis Panduan Elak Salah Guna Surat Sokongan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 9:20PM

Kerajaan komited untuk melaksanakan agenda pemerkasaan tata kelola sebaik mungkin, bagi menyokong pembangunan negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Kerajaan akan mengeluarkan Garis Panduan Pengendalian Sokongan oleh Anggota Pentadbiran dalam Urusan Kerajaan akan dikeluarkan bagi memastikan surat sokongan tidak disalahguna untuk kepentingan peribadi.

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membuat ketetapan untuk menguatkuasakan semula pengisytiharan harta oleh Anggota Pentadbiran.

Menurut beliau, penguatkuasaan berkenaan akan dilaksanakan setelah format baharu yang lebih komprehensif bagi pelaporan pengisytiharan harta ini ditambah baik.

“Kerajaan komited untuk melaksanakan agenda pemerkasaan tata kelola sebaik mungkin, bagi menyokong pembangunan negara.

“Ia juga bagi memastikan setiap usaha kerajaan adalah bebas daripada sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa,” katanya hari ini.

Jelas jurucakap itu, kerajaan akan akan meneruskan momentum pelaksanaan mesyuarat JKKMAR berdasarkan komitmen untuk memperkukuhkan tata kelola dan membanteras rasuah.

Mesyuarat hari ini katanya, memberi fokus kepada syor penambahbaikan tata kelola yang lebih holistik. 

“Langkah ini penting untuk mempertingkat kebertanggungjawaban, ketelusan, kecekapan dan keberkesanan sistem pentadbiran Kerajaan. 

“Justeru, ekosistem tata kelola baik negara akan diperkukuh melalui Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance) sebagai panduan sektor awam berhubung pelaksanaan prinsip tadbir urus baik,” katanya.

Tambah jurucakap itu, Indeks Governans Malaysia akan dijadikan mekanisme pengukuran tahap tata kelola baik di negara ini, manakala kajian pengwujudan Akta Tata Kelola bakal dilaksanakan bagi memastikan amalan tata kelola baik yang berkesan.

“Mesyuarat turut bersetuju supaya Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dibentangkan secara berkala di Mesyuarat Jemaah Menteri untuk tindakan susulan segera, bermula dengan LKAN 2022 menggunakan format baharu yang lebih berstruktur supaya setiap isu dilaporkan dapat diambil tindakan lebih berkesan.

“Peranan jawatankuasa ini juga akan diperkasa dan dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN) yang akan dijadikan platform bagi menggalakkan amalan prinsip tata kelola baik supaya diambil kira dalam perancangan dan pembangunan dasar serta pelaksanaan inisiatif dan program oleh semua agensi di sektor awam,” katanya. 

Beliau menarik perhatian, JKKTN juga akan diperkasa untuk meneliti segala isu melibatkan kelemahan tata kelola badan berkanun, termasuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), subsidiari dan entiti yang mempunyai kepentingan Kerajaan. 

“Had bilangan Lembaga Pengarah boleh dianggotai oleh seseorang penjawat awam melibatkan badan berkanun, subsidiari dan entiti yang mempunyai kepentingan kerajaan juga akan dikaji semula bagi meningkatkan keberkesanan peranan penjawat awam dalam Lembaga Pengarah.

“Mesyuarat turut membincangkan status pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 serta hala tuju pemerkasaan inisiatif-inisiatif antirasuah selaras dengan Perkara 5 dalam United Nations Convention Against Corruption (UNCAC),” katanya.

Jurucakap itu memaklumkan, kerajaan turut bersetuju meneruskan kesinambungan NACP dengan satu strategi baharu di peringkat nasional, dikenali sebagai Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti- Corruption Strategies, NACS).

“Kerajaan memandang serius berhubung isu pengeluaran surat sokongan yang mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa sehingga menjejaskan imej pentadbiran Kerajaan. 

“Mesyuarat turut bersetuju secara prinsip dengan cadangan penambahbaikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] bagi memastikan saluran aduan yang lebih diyakini dan berkesan,” katanya. - Getaran, 6 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi