web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MPP, Kesatuan Mahasiswa Perlu Terlibat Rangka Garis Panduan Konsert di IPT 

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 11:55AM

Majlis Perwakilan Pelajar dan Kesatuan Mahasiswa perlu terlibat dalam proses merangka garis panduan menjalankan konsert di Institusi Pengajian Tinggi. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Perwakilan Pelajar dan Kesatuan Mahasiswa (MPP/KM) perlu dilibatkan dalam proses merangka dan menyediakan garis panduan menjalankan aktiviti hiburan (konsert) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dalam kenyataan berkata arahan kepada semua pengurusan IPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi itu dibuat bagi memastikan suara dan keperluan mahasiswa serta kesesuaian di setiap IPT dan lokaliti diambil kira sebelum ia diguna pakai secara rasmi di peringkat IPT masing-masing.

Menurut JPT, arahan tersebut adalah selaras pengumuman Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini supaya garis panduan menjalankan aktiviti hiburan di IPT perlu dirangka dan disediakan oleh IPT melalui penglibatan MPP/KM.

"Ruang dan peluang yang diberikan kepada pelajar ini sebagai elemen pemerkasaan mahasiswa selaku pemegang taruh utama, sekali gus menepati langkah agenda pemerkasaan mahasiswa yang sedang dibawa oleh Menteri Pendidikan Tinggi,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai garis panduan bagi aktiviti hiburan (konsert) di IPT, yang antara lain menyatakan penonton perlu diasingkan mengikut jantina lelaki dan perempuan, selain memperkenalkan kod pakaian dan melarang pakaian memaparkan logo illuminati, lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Dalam hal ini, JPT menegaskan bahawa ia masih di peringkat saranan sebagai rujukan IPT dalam membangunkan garis panduan masing-masing. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

2

Muzik 4 minggu yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

3

Muzik 4 minggu yang lalu

Impak Maksima! Ziana Zain Kekal Unggul, Pukau 5,000 Peminat Dengan 20 Lagu Hits

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Tiket Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Habis Terjual

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 18 jam yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

Semasa 11 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Politik 18 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri