web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Mental Bersenjata Pisau Mengamuk, Pecah Barang Pasaraya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Oct 2021 8:15PM

Lelaki tersebut ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan ke pihak polis.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental mengamuk dan memecahkan barang sebuah pasaraya di Sibu Jaya, di sini semalam, dengan bersenjatakan sebilah pisau.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Collin Babat berkata, suspek berusia 37 tahun itu tiba-tiba masuk ke dalam pasar raya berkenaan pada jam 1.15 tengah hari itu.

Menurut beliau, suspek terus menyepah dan memecahkan barang-barang di dalam kedai sebaik berada di dalam premis berkenaan.

“Dia kemudian mengacu pisau ke arah dua juruwang wanita yang berada di kaunter pembayaran.

“Melihat tindakan agresif lelaki itu, dua wanita terbabit terus melarikan diri, sebelum suspek bertindak menghempaskan mesin tunai ke lantai,” katanya hari ini.

Beliau berkata, tindakan berani orang awam yang berada di tempat kejadian berjaya membantu menangkap suspek sebelum lelaki tersebut diserahkan kepada pihak polis.

“Tindakan suspek itu bagaimanapun tidak mendatangkan sebarang kecederaan, manakala jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM2,500,” ujarnya.

Collin berkata, siasatan awal mendapati suspek merupakan memegang kad psikiatri dan dipercayai tidak mengambil ubat mengikut jadual.

“Pisau yang digunakan suspek telah dirampas dan dia direman untuk siasatan lanjut mengikut Sesyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya. - Getaran,14 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Mengamuk Guna Pisau Pemotong Daging Ditahan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia