web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kelantan Benar Solat Jumaat, Fardu Dengan Kapasiti Sebenar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 8:29PM

Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz - Gambar dari lama sesawang MAIK

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan fardu lima waktu dengan kapasiti sebenar berkuat kuasa esok.

Yang Dipertua MAIK, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pelaksanaan dalam tempoh Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan kedudukan antara jemaah adalah berdasarkan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Katanya, perkara berkenaan telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri, sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Pelaksanaan solat Jumaat dan fardu di masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim seluruh negeri adalah dibenarkan dengan mengikut kapasiti sebenar masjid. Solat Jumaat juga dibenarkan di halaman atau perkarangan masjid berdasarkan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Kakitangan masjid dan jemaah yang hadir wajib menerima dos lengkap suntikan vaksin, melepasi hari ke-14 daripada tarikh suntikan dos kedua,” katanya di sini.

Menurut beliau, penerima vaksin satu dos suntikan iaitu Johnson & Johnson dan CanSino pula perlu melepasi hari ke-28 daripada tarikh suntikan.

Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, jemaah perlu menunjukkan sijil digital vaksin melalui aplikasi MySejahtera kepada petugas masjid sebagai bukti.

Jelas beliau, mereka juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menerusi pemakaian pelitup muka, membawa sejadah sendiri serta mengambil wuduk di rumah masing-masing sebelum ke masjid.

“Semua pintu, tingkap dan kipas perlu dibuka bagi memastikan sistem pengudaraan yang baik dan selamat. Penggunaan pendingin hawa adalah tidak digalakkan.

“Semua aktiviti-aktiviti lain seperti majlis zikir, kelas al-Quran, kuliah umum dan khas serta lain-lain bagaimanapun masih  tidak dibenarkan. Kelas pegajian secara dalam talian adalah digalakkan agar pengimarahan masjid dapat diteruskan,” katanya.

Tengku Mohamad Rizam berkata, SOP berkenaan hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau dan musala.

“Jika didapati ada mana-mana pihak melanggar SOP yang ditetapkan, premis berkenaan akan diarahkan tutup.

“Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa Allah SWT pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua,” katanya. - Getaran, 14 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia