web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pasport Rosmah Dikembali, Dibenar Ke Singapura Buat Sementara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 2:14PM

Rosmah Mansor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan pasport Datin Seri Rosmah Mansor dikembalikan buat sementara, bagi membolehkan beliau berkunjung ke Singapura.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu dilaporkan mahu ke Singapura bagi menemani anak perempuannya, Nooryana Najwa Najib yang dijangka melahirkan anak kedua tidak lama lagi.

Kebenaran tersebut diberikan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang menetapkan syarat bahawa pasport berkenaan perlu dikembalikan pada atau sebelum 6 Disember 2021.

Mohamed Zaini berkata, Rosmah hanya dibenarkan untuk berlepas ke Singapura pada 22 Oktober dan perlu kembali ke negara ini pada atau sebelum 21 November 2021.

"Mahkamah membenarkan permohonan pemohon dan pasport dipulangkan pada 15 Oktober (hari ini)," katanya.

Terdahulu, peguam bela Rosmah, Datuk Jagjit Singh memberitahu mahkamah, anak perempuan pemohon, Nooryana Najwa sedang sarat mengandung lapan bulan dan bakal melahirkan anak keduanya di Singapura.

Difahamkan, Nooryana Najwa mempunyai sejarah komplikasi berisiko tinggi ketika melahirkan dan kehadiran Rosmah amat diperlukan di sisi anaknya itu sepanjang tempoh sebelum, sewaktu serta selepas proses kelahiran.

Permohonan itu juga tidak menerima bantahan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam.

Bagaimanapun, pendakwa berkata, pemohon tidak boleh mengganggu tarikh perbicaraan dan memohon mahkamah menetapkan garis masa tertentu.

Perbicaraan di hadapan Mohamed Zaini bersambung 21 Oktober ini dengan soalan balas pihak pendakwa.

Pada 5 Oktober lalu, Rosmah memberi keterangan bersumpah pada prosiding perbicaraan peringkat bela diri kes rasuah membabitkan solar hibrid bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.

Rosmah, 69, dituduh meminta suapan bernilai RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin berkaitan projek tenaga solar itu menerusi bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor.

Ia sebagai balasan membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan secara rundingan terus.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di beberapa tempat iaitu Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini, kediaman peribadi di Jalan Langgak Duta, Taman Duta serta Sri Perdana, Persiaran Sri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017. - Getaran, 15 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 5 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia