web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penipuan Dalam Talian Tumpas, 3 Rakyat China Antara Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 5:44PM

Barangan yang dirampas oleh polis dalam serbuan di 2 unit kediaman di Jalan Tembaga, Off Jalan Pahang, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu sindiket penipuan dalam talian yang mula beroperasi sejak Oktober tahun lalu, tumpas dalam serbuan di dua unit kediaman di Jalan Tembaga, Off Jalan Pahang, semalam.

Serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju itu berjaya menahan enam lelaki dan seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, empat daripada suspek adalah warga tempatan manakala tiga lagi adalah rakyat China.

Katanya, sindiket tersebut dipercayai mula beroperasi sekitar Oktober tahun lalu dengan menyewa kediaman terbabit dengan kadar RM3,500 sehingga RM5,000 sebulan.

“Sindiket ini dipercayai menjalankan aktiviti penipuan dalam talian membabitkan perjudian, pelaburan tidak wujud dan penipuan pembelian.

“Siasatan awal mendapati, semua suspek bekerja sebagai operator untuk mencari pelanggan serta membuat panggilan dan mempromosikan perjudian dalam talian melalui media sosial,” katanya hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan itu pihaknya turut merampas pelbagai peralatan elektronik termasuk dua unit monitor komputer, alat pemprosesan komputer (CPU), 32 telefon bimbit, lima kad ATM, lima komputer riba, modem dan beberapa peralatan lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – Getaran, 15 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia