web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ratusan Lubang, Terowong Melombong Emas Haram Ditemui

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 8:36PM

Lubang dan terowong untuk aktiviti melombong emas secara haram ditemui di sepanjang 8 km Sungai Bole, Hutan Simpan Ulu Segama Malua.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Ratusan lubang dan terowong aktif yang baru sahaja dikorek untuk aktiviti melombong emas secara haram ditemui di sepanjang lapan kilometer Sungai Bole, Hutan Simpan Ulu Segama Malua.

Lubang dan terowong itu ditemui oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Jabatan Perhutanan Sabah (JPS), Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan Tabung Hidupan Liar (WWF) ketika pelaksanaan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

Ia kali pertama dikesan 14 Ogos lalu, namun aktiviti ini dipercayai telah dilakukan sejak berdekad lalu.

Timbalan Komander PGA Briged Sabah, Asisten Komisioner (ACP) Toipi Lamat berkata aktiviti tersebut mula dikesan di Ladang Ongkor.

Menurut beliau, pasukan operasi mengambil masa lapan hari untuk tiba ke kawasan Sungai Bole, manakala aktiviti haram berkenaan dikesan di kilometer satu hingga lapan sungai berkenaan.

"Terdapat 103 lubang serta terowong yang aktif dan baru dikorek, malah jumlah ini tidak termasuk lubang di sepanjang lapan kilometer sungai berkenaan.

"Aktiviti melombong emas secara haram ini dikatakan telah bermula sejak tahun 1990-an. Hasil risikan kita juga percaya bahawa satu kumpulan pelombong boleh menghasilkan sehingga empat kilogram emas setiap kali," katanya.

Toipi berkata, enam kawasan perlombongan telah dimusnahkan susulan penemuan, termasuk 14 pondok yang dijadikan penempatan sementara pekerja.

"Pada 21 Ogos lalu, pasukan operasi keluar dari kawasan berkenaan untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu," katanya.

Tambahnya, pasukan operasi yang diketuai beliau sendiri telah memasuki semula lokasi bagi melakukan siasatan dan penggeledahan secara teliti.

"Hasilnya, kita menemui tiga 'dump'  mengandungi makanan, kelengkapan dapur, barangan peribadi dan peralatan melombong emas di kawasan tersebut.

"Kita turut menemui satu 'dump'  mengandungi senjata api seperti bakakuk dan peluru hidup yang disimpan agak jauh dari penempatan berkenaan. Semua itu 8 Oktober lalu," jelasnya.

Beliau bagaimanapun memberitahu, tiada tangkapan dibuat setakat ini kerana pelombong dipercayai telah meninggalkan kawasan tersebut.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti individu yang terlibat dalam aktiviti ini," katanya. - Getaran, 16 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

6 Kes Pencerobohan Direkodkan Di Taman Negara Terengganu

Semasa 5 jam yang lalu

‘Beri Lebih Masa, Fikirlah Nasib Peniaga Kecil’ - FSGMAM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka

Semasa 4 jam yang lalu

SPAN Bangunkan Pelan Strategik Tangani Rasuah Dalam Industri Perkhidmatan Air