web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Perlu Permohonan EnterSarawak Mulai Isnin 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 8:45PM

Orang ramai yang lengkap vaksin dan ingin memasuki Sarawak hanya perlu mengisi borang pengisytiharan e-kesihatan (eHDF). - Gambar Bernama

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Individu yang sudah melengkapkan dos vaksin COVID-19 tidak perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak bagi memasuki negeri berkenaan berkuatkuasa Isnin ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, mereka hanya perlu mengisi borang pengisytiharan e-kesihatan (eHDF). 

Menurutnya,indvidu yang tidak lengkap divaksin bagaimanapun wajib membuat permohonan berkenaan dan mengisi eHDF sebelum dibenarkan memasuki Sarawak.

"Saringan COVID-19 juga tidak wajib bagi individu yang lengkap vaksin manakala bagi yang tidak lengkap, wajib menjalani saringan COVID-19 tiga hari sebelum kemasukan ke Sarawak," katanya.

Menurut jurucakap itu lagi, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlu membuat saringan COVID-19 sekiranya memasuki Sarawak bersama ibu bapa atau penjaga yang tidak lengkap vaksin. 

“Permohonan menerusi EnterSarawak dan borang eHDF juga diwajibkan ke atas individu dari luar negara pula," ujarnya.

Golongan terbabit jelas beliau lagi, dimestikan membuat saringan COVID-19 jtiga hari sebelum memasuki Malaysia dan menjalani kuarantin tujuh hari dari tarikh kemasukan bagi lengkap vaksin dan 10 hari untuk yang tidak.

“Pengembara luar negara juga wajib melaporkan sejarah perjalanan kepada petugas di lapangan terbang,” tegasnya.

Keputusan itu dibuat  selaras dengan hasrat kerajaan Sarawak bagi mempermudahkan urusan kemasukan ke Sarawak. 

"Tujuan saringan sebelum kemasukan ke Sarawak selama ini adalah untuk mengurangkan risiko penularan dalam pesawat.

“Pada masa yang sama, kita tidak mahu menambahkan risiko penularan di komuniti kerana ini akan membebankan fasiliti kesihatan Sarawak," tambahnya. - Getaran, 16 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka

Semasa 5 jam yang lalu

6 Kes Pencerobohan Direkodkan Di Taman Negara Terengganu

Semasa 5 jam yang lalu

SPAN Bangunkan Pelan Strategik Tangani Rasuah Dalam Industri Perkhidmatan Air

Semasa 5 jam yang lalu

‘Beri Lebih Masa, Fikirlah Nasib Peniaga Kecil’ - FSGMAM

oleh Sophia Ahmad