web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Ziarah Lima Beradik Yatim Piatu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 9:50PM

Ismail Sabri bersama 4 daripada 5 beradik yang menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat COVID-19 di Kota Perdana, Seri Kembangan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yatim piatu sekelip mata, begitulah nasib lima beradik yang kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka akibat COVID-19.

Nasib mereka mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkesempatan mengunjungi kediaman mereka di Kota Perdana, Seri Kembangan, hari ini.

Lima beradik itu terdiri daripada Muhammad Hadhrami, 11, Husna Humaira, 9,  Muhammad Harraz, 7,  Muhammad Hawwas, 6 dan Hannan Humaira, 3, 

Perkara itu turut dikongsi beliau dalam satu kenyataan di Facebooknya.

“Selepas program walkabout Perumahan Awam Seri Perak, saya terus ke Kota Perdana, Seri Kembangan.

“Hati saya tersentuh dengan lima beradik iaitu Hadhrami, Humaira, Harraz, Hawwas dan Hannan yang kehilangan kedua ibu bapa akibat COVID-19,” katanya.

Perdana Menteri berkata, lima beradik itu kini dijaga datuk, nenek serta ibu dan bapa saudara masing-masing secara bergilir-gilir.

“Betapa besar dugaan yang dilalui Hadrami dan adik-adiknya di usia yang amat muda. Hanya Allah SWT yang mengetahui,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri turut berterima kasih kepada seluruh ahli keluarga, kementerian, agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan orang ramai yang membantu lima beradik ini.

“Semoga dengan usaha murni ini dapat membantu Hadrami dan adik-adiknya dengan semangat Keluarga Malaysia.

“Saya akan terus beri perhatian kepada Keluarga Malaysia terutama dalam kes seumpama ini demi kelangsungan hidup terutama dari aspek pendidikan mereka,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan kisah sedih lima beradik yatim piatu selepas ibu mereka, Ida Haryanie, 38, meninggal dunia pada 7 Oktober lalu.

Bapa mereka, Mohd Nasir Tahal, 46, terlebih dahulu meninggal dunia pada 11 Ogos lalu ketika kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Putrajaya akibat COVID-19. - Getaran, 16 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

6 Kes Pencerobohan Direkodkan Di Taman Negara Terengganu

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka

Semasa 6 jam yang lalu

‘Beri Lebih Masa, Fikirlah Nasib Peniaga Kecil’ - FSGMAM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

SPAN Bangunkan Pelan Strategik Tangani Rasuah Dalam Industri Perkhidmatan Air