web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Operasi Sekolah Di Melaka, Selangor, KL, Putrajaya Ikut Ketetapan Fasa 4 PPN Mulai 1 November

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 10:45AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengoperasian institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) mengikut ketetapan Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Melaka dan Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berkuat kuasa mulai 1 November ini.

Pengoperasian institusi pendidikan mengikut ketetapan Fasa Tiga PPN bagi negeri Kedah dan Kelantan pula akan bermula pada 31 Oktober, manakala Pulau Pinang, Perak dan Sabah mulai 1 November.

KPM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan perubahan ketetapan pengoperasian itu adalah selaras peralihan Fasa Tiga kepada Fasa Empat PPN bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor dan Melaka serta Fasa Dua kepada Fasa Tiga PPN bagi Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah yang semuanya berkuat kuasa esok.

“Negeri yang beralih ke Fasa Empat PPN akan melibatkan kemasukan murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah serta murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 di sekolah menengah pada 1 November.

“Sementara kehadiran murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) sekolah rendah serta kelas peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sekolah menengah pada 8 November, iaitu seminggu selepas negeri tersebut memulakan pengoperasian berdasarkan ketetapan Fasa 4 PPN,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPM, negeri Fasa Tiga PPN akan melibatkan kehadiran murid prasekolah, murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional dan Program Pendidikan Khas Integrasi.

Kehadiran turut melibatkan pelajar Tingkatan 6 Semester 2, Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia, kelas peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuhnya/sekolah harian/sekolah swasta, International Baccalaureate Diploma serta kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBD) dan kelas peperiksaan antarabangsa lain.

KPM sebelum ini memutuskan, apabila negeri beralih ke fasa PPN yang seterusnya, semua institusi pendidikan di negeri itu hendaklah beroperasi mengikut ketetapan fasa baharu selepas dua minggu daripada tarikh peralihan fasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

2

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

3

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

6 Kes Pencerobohan Direkodkan Di Taman Negara Terengganu

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka

Semasa 5 jam yang lalu

SPAN Bangunkan Pelan Strategik Tangani Rasuah Dalam Industri Perkhidmatan Air

Semasa 5 jam yang lalu

‘Beri Lebih Masa, Fikirlah Nasib Peniaga Kecil’ - FSGMAM

oleh Sophia Ahmad