web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangkitan Baharu COVID-19 Kekal Bawah 6,000 Kes

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Oct 2021 4:34PM

Gamba hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu COVID-19 hari ini menunjukkan sedikit peningkatan dengan 5,745 kes berbanding 5,434 yang direkodkan semalam.

Meskipun mencatatkan sedikit peningkatan, jangkitan harian masih kekal di bawah 6,000 dalam tempoh dua hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 sebanyak 2,401,866.

Menurutnya, kadar positif jangkitan menurun kepada 3.77 peratus berbanding 6.25 peratus semalam.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

“Sehingga hari ini, jumlah jangkitan COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,745 kes (2,401,866).

“Kadar positif jangkitan COVID-19 negara yang dilaporkan hari ini adalah 3.77 peratus (5,745 kes) dan menunjukkan trend penurunan. Kesedaran orang ramai amat penting untuk mendapatkan suntikan vaksin, selain patuh kepada prosedur operasi standard (SOP),” katanya hari ini.

Pada masa sama beliau turut menggesa orang ramai supaya menjalankan ujian RTK-Ag (air liur) secara berkala untuk melindungi diri sendiri dan keluarga tersayang. - Getaran, 19 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia