web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sarawak Sasar Remaja Lengkap Vaksin COVID-19 Sebelum 31 Oktober 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 8:29AM

Seramai 121,030 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksin COVID-19 setakat ini. - Gambar fail

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sarawak menetapkan tempoh sehingga 31 Oktober untuk golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun melengkapkan vaksinasi COVID-19 masing-masing.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) berkata, seramai 231,803 remaja 12 hingga 17 tahun atau 79.1 peratus telah menerima dos pertama setakat 17 Oktober lalu, manakala 121,030 lagi telah melengkapkan imunisasi mereka.

"Sarawak telah memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada remaja berusia 16 hingga 17 tahun bermula 8 September dan remaja berumur 12 hingga 15 tahun yang memiliki masalah kesihatan tertentu.

"Remaja 12 hingga 15 tahun tanpa komorbid pula telah menerima vaksin pada 24 September lalu," katanya.

Kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri itu dilaporkan telah mencecah 90.7 peratus setakat 17 Oktober.
 
"Sarawak telah melaksanakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 mulai 13 Oktober lalu.

"Warga emas akan menerima dos penggalak di klinik swasta dan hospital swasta, manakala petugas kesihatan dari fasiliti kesihatan awam dan swasta di premis bertugas masing-masing," katanya..

Sebanyak 11,156 dos penggalak telah diberikan di Sarawak setakat 17 Oktober.

"Bagi yang layak, mereka boleh menghubungi fasiliti kesihatan yang terlibat sekiranya ingin mendapatkan slot temu janji.

"Senarai nama klinik dan hospital swasta akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa, termasuk menerusi hebahan di media sosial," katanya. - Getaran, 19 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia