web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aplikasi MySejahtera Diceroboh, Pengguna Tidak Perlu Bimbang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 4:26PM

Isu keselamatan MySejahtera mula dibangkitkan apabila beberapa pengguna dan akaun mendakwa menerima mesej OTP menerusi e-mel sejak beberapa hari lalu. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna MySejahtera tidak perlu bimbang mengenai dakwaan yang mengatakan data aplikasi itu dicerobohi kerana siasatan mendapati perkara berkenaan tidak berlaku.

Jurucakap pasukan MySejahtera di Kementerian Kesihatan (KKM) bagaimanapun mengakui, mereka ada menerima aduan daripada beberapa pengguna berhubung kata laluan guna sekali (OTP) yang dihantar menerusi pesanan ringkas ke telefon bimbit masing-masing.

Menurut beliau, aduan berkenaan diterima di ruangan ‘HelpDesk’ MySejahtera dan saluran media sosial.

Antara lain mesej tersebut meminta pengguna mengesahkan nombor telefon masing-masing bagi tujuan pendaftaran masuk menggunakan kod QR yang lazim diletakkan di premis perniagaan.

“Pasukan MySejahtera menjalankan siasatan dan mendapati ciri pendaftaran kod QR untuk kegunaan di premis perniagaan telah disalahguna oleh beberapa skrip hasad yang menghantar OTP ke nombor telefon secara rawak,” katanya.

Jurucakap itu berkata, mereka bertindak menyekat Application Programming Interface (API) terbabit dan tindakan menambah baik  untuk meningkatkan keselamatan aplikasi sudah dimulakan.

“Kita mahu meyakinkan pengguna kami bahawa tidak ada data pengguna yang diakses skrip ini, sebaliknya nombor telefon disebarkan secara rawak. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan,” katanya.

Isu keselamatan MySejahtera mula dibangkitkan semalam apabila beberapa pengguna dan akaun mendakwa menerima mesej OTP menerusi e-mel sejak beberapa hari lalu.

Situasi itu turut dihadapi kolumnis Getaran, Haresh Deol yang berkongsi mengenai perkara itu menerusi ciapan di Twitter.

“Lihat saya tidak bersendirian. Menerima SMS sama dari 68088 kononnya dari @my_sejahtera, jam 4.56 pagi. Saya di rumah, sedang tidur,” katanya.

Beliau turut meminta penjelasan daripada pihak berwajib berhubung masalah itu.

“Penjelasan daripada semua pihak mampu menangkis semua teori konspirasi yang bakal muncul akibat perkara ini,” katanya. – Getaran, 20 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 5 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia