web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


680 Petugas Kesihatan Terengganu Diarah Siap Siaga Hadapi Musim Tengkujuh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 5:18PM

Dr Kasemani berkata, kumpulan petugas kesihatan itu akan ditugaskan membantu mangsa banjir di pusat pemindahan sementara. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seramai 680 petugas kesihatan Jabatan Kesihatan Terengganu diarah bersiap siaga menghadapi kedatangan musim tengkujuh yang dijangka bermula hujung bulan nanti.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, mereka akan ditugaskan membantu mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Daripada jumlah itu, seramai 322 orang diberi mandat mengendalikan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit di PPS atau kawasan terjejas banjir.

“Seramai 358 lagi akan ditugaskan untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, rawatan dan sebagai rujukan jika berlaku kejadian kecemasan di PPS,” katanya hari ini.

Menurut Dr Kasemani, 680 petugas ini terdiri daripada pegawai perubatan, pembantu pegawai perubatan, jururawat terlatih, jururawat masyarakat dan pemandu.

“Bilangan petugas yang digerakkan itu adalah rutin biasa dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri ketika menghadapi banjir,” katanya.

Tahun lalu, jabatan tersebut menyediakan 672  petugas kesihatan untuk membantu mangsa di PPS.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri, Hanafiah Mat berkata, banjir dijangka melanda Terengganu bermula akhir Oktober.

Beliau berkata, ia susulan hujan lebat luar biasa yang diramalkan mencecah 3,600 milimeter sepanjang musim tengkujuh kali ini. - Getaran, 20 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia