web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Bekalan Air Di Sebahagian Port Dickson Akibat Hujan Lebat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 8:04AM

Beberapa mangsa telah dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air di Port Dickson. - Gambar dari Facebook Bomba Port Dickson

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Sebahagian kawasan di Port Dickson mengalami gangguan bekalan air berikutan penurunan pengeluaran bekalan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Linggi disebabkan hujan lebat petang semalam.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail dalam kenyataan malam tadi memaklumkan keadaan itu juga telah mengakibatkan kenaikan paras air sungai serta kualiti air mentah menurun. 

“Sains memohon maaf atas kesulitan ini dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut  di laman sesawang www.sainswater.com atau hubungi 1800886982,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata seramai sembilan mangsa membabitkan sebuah keluarga di Kampung Tanjung, Nilai dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said, selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir kilat yang berlaku petang tadi.

"PPS itu mula dibuka pada 7.30 malam namun ada keluarga yang berpindah ke kediaman saudara-mara jadi jumlah yang menetap di PPS setakat ini hanya melibatkan sembilan mangsa sahaja setakat 10.30 malam tadi," katanya.

Katanya, di Kampung Pedas, Rembau pula seramai lima mangsa daripada tiga keluarga terdiri empat wanita dan seorang lelaki dipindahkan ke kediaman keluarga mereka yang terdekat.

"Kesemua mereka dikeluarkan dari rumah masing-masing kira-kira 7 malam," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka

Semasa 5 jam yang lalu

6 Kes Pencerobohan Direkodkan Di Taman Negara Terengganu

Semasa 6 jam yang lalu

‘Beri Lebih Masa, Fikirlah Nasib Peniaga Kecil’ - FSGMAM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

SPAN Bangunkan Pelan Strategik Tangani Rasuah Dalam Industri Perkhidmatan Air