web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gagal Dapat Duit Beli Dadah, Anak Derhaka Belasah Ibu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 6:24PM

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang anak tergamak memukul ibu kandungnya berusia 73 tahun sehingga patah pergelangan tangan,  gara-gara wanita itu enggan memberikan wang untuk dia membeli dadah.

Dalam kejadian pada jam 7 petang Sabtu lalu di Pelangi Damansara, Petaling Jaya, suspek berusia 45 tahun terbabit dikatakan ‘naik minyak’ apabila kemahuannya tidak dipenuhi, sebelum bertindak memukul wanita itu menggunakan sebatang kayu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada Selasa lalu, susulan laporan dibuat ibu malang tersebut.

Menurut beliau, mangsa yang mengalami kecederaan patah pergelangan tangan itu mendapatkan rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Bertindak atas maklumat, polis membuat serbuan terhadap rumah mangsa dan berjaya menahan suspek terbabit.

“Siasatan awal mendapati suspek yang tidak bekerja itu selalu bertindak agresif dengan memukul dan meminta wang kepada mangsa untuk membeli dadah,” katanya.

Difahamkan, suspek mempunyai 18 rekod berkaitan dadah dan jenayah lampau.

Beliau berkata, suspek kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dan jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda. – Getaran, 21 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia