web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penarik Beca Tagih Elaun, Kerajaan Terengganu Mungkir Janji?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 4:46PM

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (kiri) menyampaikan bantuan kepada pengayuh beca di Pasar Payang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Pengayuh beca di Pasar Payang kecewa apabila masih belum menerima elaun bulanan sebanyak RM200 seperti dijanjikan kerajaan negeri Jun lalu.

Penantian itu bagi mereka tak ubah seperti pungguk merindukan bulan, apabila elaun yang dijanjikan itu seolah-olah masih jauh dari jangkauan.

Kehilangan punca pendapatan dek pandemik COVID-19 menambah luka di hati, justeru pemberian elaun tersebut sedikit sebanyak diharapkan mampu meringankan sedikit beban ditanggung selama ini.

Hashim Omar, 70, berkata, mereka sangat mengharapkan elaun tersebut selepas pendapatan yang diraih selama ini terjejas kerana pandemik COVID-19.

“Ada hari dapatlah dalam RM20- RM30 itu pun sebab ada yang  kadang-kadang datang menghulurkan derma, tapi selalunya kita pulang dengan tangan kosong.

“Pernah isteri saya pesan beli ikan untuk dimasak bila balik, tapi saya tak dapat beli sebab tak ada duit, biarpun saya keluar seharian tunggu. Tidak ada orang yang (mahu) naik beca dalam keadaan sekarang,” katanya, berkongsi kesusahan dialami kepada media di sini.

Rakannya, Abdul Razak Husin, 69, berkata, dia pada mulanya sangat gembira apabila kerajaan negeri berjanji untuk memberi elaun bulanan RM200 kepada pengayuh beca.

Dia mengakui, sama sekali tidak menyangka itu cuma janji kosong kerajaan kerana hakikatnya, nasib pengayuh beca sepertinya terus terabai.

“Biarpun sekarang dah boleh rentas negeri dan Pasar Payang penuh dengan pelancong, tapi masih tidak ada orang yang naik beca.

“Erti kata lain keadaan kami sama saja, boleh rentas atau tidak. Jika ada elaun RM200 sekurang- kurangnya legalah kami,” luahnya.

Sementara itu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menuntut penjelasan dari kerajaan negeri berhubung dakwaan berkenaan.

Menurut beliau, bayaran elaun bulanan RM200 itu telah dijanjikan sendiri oleh Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Ariffin Deraman.

“Apa yang diadukan oleh pengayuh beca kepada saya pagi ini adalah amat mengejutkan. Mereka mendakwa tiada lagi bayaran dibuat kepada pengayuh beca yang bermakna sejak Julai sehingga Oktober, sudah masuk 4 bulan mereka tidak menerima insentif dijanjikan.

“Saya mohon pihak yang bertanggungjawab segera mengotakan janji yang telah dibuat,” katanya.

Pada Jun lalu Ariffin berkata, kerajaan negeri akan memberikan bantuan kepada 75 orang pengayuh beca dan 18 pengusaha bot penambang di negeri ini yang masih beroperasi.

Beliau berkata, bantuan berkenaan melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM180,000 setahun atau RM15,000 sebulan yang akan disalurkan bermula Julai. – Getaran, 21 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka

2

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

SPAN Bangunkan Pelan Strategik Tangani Rasuah Dalam Industri Perkhidmatan Air

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka

Semasa 4 jam yang lalu

6 Kes Pencerobohan Direkodkan Di Taman Negara Terengganu

Semasa 5 jam yang lalu

‘Beri Lebih Masa, Fikirlah Nasib Peniaga Kecil’ - FSGMAM

oleh Sophia Ahmad