web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CPF Kelantan Catat Rampasan Lebih RM1 Juta, Serbu 4 Premis 'Online'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 6:10PM

Datuk Dr Zaini Hussin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Pelbagai jenis ubatan tidak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi dan produk kesihatan yang dicemari racun berjadual bernilai RM1,807,356 dirampas bermula awal tahun ini hingga semalam.

Pengarah Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, empat premis di sekitar Kota Bharu yang menjalankan perniagaan dalam talian diserbu semalam.

Menurut beliau, CPF telah merampas 313 perkara yang terdiri daripada 293 produk tidak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi (8), produk disyaki mengandungi racun berjadual (4) dan lapan peranti digital dipercayai digunakan bagi penjualan dalam talian.

"Hasil operasi ini, CPF Kelantan berjaya merampas pelbagai jenis produk dengan anggaran jumlah RM720,402.

"Operasi berkenaan diketuai Ketua CPF Negeri Kelantan, Norma Zakaria bersama 20 Pegawai Penguatkuasa Farmasi dan tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu," katanya di sini, hari ini.

Dr Zaini turut mengingatkan, penggunaan ubat tidak berdaftar boleh memberi kesan buruk seperti kerosakan buah pinggang dan organ dalaman, kerana ia berkemungkinan dicemari bahan terlarang, selain tidak mengikut sukatan bersesuaian bagi menghasilkan produk.

Beliau berkata, penggunaan kosmetik yang tidak bernotifikasi mendedahkan pengguna kepada racun berjadual seperti merkuri, tretinoin dan hydroquinone.  

"Penggunaan racun berjadual tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh mengakibatkan kulit menjadi kemerahan, sensitif dan meningkatkan risiko kanser kulit.

"Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika membuat pembelian secara dalam talian. Mereka perlu memastikan produk yang ingin dibeli berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kosmetik bernotifikasi," katanya.

Dr Zaini berkata, pihaknya sentiasa memandang serius kegiatan pengilangan, pengedaran dan penjualan produk kesihatan khasnya ubat tidak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi dan ubat campur palsu.

"Penjual dan pengedar produk-produk tidak berdaftar serta kosmetik yang tidak bernotifikasi dengan KKM diberi amaran supaya menghentikan penjualan dan pengedaran produk dengan serta-merta.

"Individu yang disabitkan dengan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. 

"Syarikat yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.

Dr Zaini berkata, produk berdaftar perlu memiliki nombor pendaftaran MAL dan pelekat label Hologram FarmaTag pada bungkusan, manakala nombor notifikasi kosmetik pula tidak wajib dipamerkan pada label.

Semakan katanya, boleh dibuat di laman web rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara.  

Menurut beliau, semua pembekalan ubat-ubatan yang mengandungi racun berjadual (ubat terkawal) dikawal di bawah Akta Racun 1952, dan hanya boleh dikendalikan pengamal perubatan berdaftar serta  ahli farmasi berlesen sahaja.

“Pengguna boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk dan kosmetik dengan melayari https://www.npra.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400 atau memuat turun aplikasi NPRA Product Status secara percuma melalui Play Store, App Store dan Huawei App Gallery,” katanya.

Aduan juga boleh disalurkan ke CPF Negeri Kelantan di talian 09-7730586 bagi membantu kementerian membanteras penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi. – Getaran, 21 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia