web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kesilapan Teknikal Data Sijil Digital Vaksin, 100,000 Penerima AstraZeneca Terlibat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 9:56PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengakui berlaku kesilapan teknikal berkaitan data maklumat pengeluar vaksin pada sijil vaksin digital COVID-19 di MySejahtera, membabitkan kira-kira 100,000 penerima dos AstraZeneca.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, masalah itu berlaku berikutan pertindihan data antara kelompok berbeza menggunakan nombor Global Trade International Number (GTIN) dalam Vaccine Management System (VMS), iaitu sistem pengurusan data produk vaksin Covid-19.

“Maklumat pengeluar pada sijil ‘Lot Release’ bagi dos pertama pengadu dengan nombor kelompok ABX6083 iaitu AstraZeneca AB, Sodertalje Sweden, adalah tepat.

“Ketika ini semua produk vaksin COVID-19 jenama AstraZeneca diterima melalui fasiliti COVAX menggunakan kod GTIN yang sama seperti diperuntukkan kepada SK Bioscience dalam sistem VMS," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan beberapa aduan berkaitan masalah itu yang tular di Twitter hari ini.

Menurut Khairy, hal itu menyebabkan sijil vaksin pengadu memaparkan SK Biosience sebagai pengeluar, selaras dengan data yang dibekalkan oleh VMS kepada MySejahtera.

Susulan insiden Khairy berkata, bagi KKM sedang mengemaskini maklumat bagi semua data terlibat yang dijangka selesai sebelum akhir bulan ini.

“Pengemaskinian ini dijangka melibatkan 100,000 data penerima vaksin AstraZeneca. Data yang dikemaskini akan disegerakan kepada pengguna melalui aplikasi MySejahtera secara automatik.

“Jadi jangan risau vaksin itu memang vaksin AstraZeneca cuma ia vaksin AstraZeneca yang datang daripada kilang di Sweden tapi dilabelkan dalam MySejahtera sebagai vaksin AstraZeneca yang datang daripada kilang di Korea Selatan disebabkan kesilapan pada label dos vaksin tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut menegaskan tidak berlaku pencerobohan kepada pangkalan data dan maklumat di MySejahtera susulan beberapa aduan pengguna yang masih menerima e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu daripada aplikasi tersebut.

"Siasatan awal oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mendapati, penghantaran e-mel dan SMS palsu itu disebabkan penyalahgunaan aplikasi pengaturcaraan antara muka (API).

"Sudah pasti kita sedang menerima beberapa lagi aduan dan kita telah laksana dua kaedah untuk memperbaiki keselamatan ini dan tambahan hari ini pula kita lakukan pendaftaran secara manual bilangan individu bagi memastikan tiada kemasukan melalui pintu belakang," katanya.

Isu keselamatan MySejahtera mula dibangkitkan semalam apabila beberapa pengguna dan akaun mendakwa menerima mesej OTP menerusi e-mel sejak beberapa hari lalu.

Situasi itu turut dihadapi kolumnis Getaran, Haresh Deol yang berkongsi mengenai perkara itu menerusi ciapan di Twitter. - Getaran, 21 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia