web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Tapak Pembuangan Sampah Haram Di Selangor Turun - Exco

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 8:43AM

Ng Sze Han - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Statistik oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor menunjukkan bahawa kes-kes berkaitan tempat pembuangan sampah secara haram di Selangor mencatatkan penurunan ketara daripada 1,983 kes pada tahun 2019 kepada 874 kes tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han.

Dalam kenyataan semalam, beliau berkata penurunan sebanyak 56 peratus itu jelas amat signifikan, yang membuktikan bahawa kerajaan Selangor berada pada landasan yang tepat bagi membendung masalah sampah haram ini.

Katanya perkembangan ini menunjukkan bahawa tiada korelasi yang jelas untuk mengaitkan isu sampah haram dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) yang tidak diterima pakai di Selangor.

Menurutnya berdasarkan statistik berkenaan, akta-akta sedia ada dan tindakan penguatkuasaan oleh PBT didapati memadai buat masa ini untuk menangani isu tempat pembuangan sampah haram di Selangor.

Ng berkata demikian bagi menyangkal kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Datuk Mohd Zain Hassan yang dilaporkan media sebagai berkata terdapat lambakan tapak pelupusan sampah haram di Selangor berikutan negeri ini tidak tertakluk pada Akta 672 itu.

Beliau menambah kenyataan Mohd Zain itu adalah kurang tepat, berat sebelah dan tidak berlandaskan fakta. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia