web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terengganu Akui Lewat Bayar Elaun, Dakwa Ada Isu Teknikal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 5:50PM

Pengayuh beca, Abdullah Mohamad, 66, (depan) bersama rakan-rakan mengayuh beca untuk pulang selepas tiada pelanggan pada tinjauan di perkarangan Pasar Besar Kedai Payang, baru-baru ini. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri mengakui ada kelewatan dalam pembayaran elaun bulanan RM200 sepertimana didakwa pengayuh beca di Pasar Payang semalam.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman menafikan kerajaan negeri berbohong, kerana kelewatan yang berlaku itu berpunca daripada isu teknikal.

“Peruntukan dah ada, cuma sekarang proses untuk pembayaran saja lambat. Tapi kerajaan negeri memang akan beri elaun tersebut,” katanya kepada media di sini.

Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat bagaimanapun tidak menyatakan tarikh baharu pemberian insentif itu.

Beliau bagaimanapun kesal dengan tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang didakwa cuba menabur fitnah terhadap kerajaan negeri.

Tambahnya, kerajaan negeri prihatin dengan nasib pengayuh beca malah sebelum ini pernah memberikan bantuan sekali bayaran kepada golongan tersebut.

“Penarik beca pun sebenarnya dah dapat banyak sumbangan sebelum ini. Misalnya dari negeri pun kita salurkan, dari Ahli Parlimen, UMNO dan sebagainya.

“Dan kita juga alukan orang yang nak bagi sumbangan, tapi janganlah kata kita berbohong tanpa usul periksa,” katanya.

Semalam, pengayuh beca di Pasar Payang meluahkan kekecewaan mereka, apabila masih belum menerima elaun bulanan sebanyak RM200 seperti dijanjikan kerajaan negeri Jun lalu.

Susulan itu Raja Kamarul Bahrin Shah menuntut penjelasan dari kerajaan negeri berhubung kelewatan pembayaran, yang sudah tertunggak selama empat bulan.

Pada Jun lalu Ariffin dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan memberi bantuan kepada 75 pengayuh beca dan 18 pengusaha bot penambang di negeri ini yang masih beroperasi.

Beliau berkata, bantuan berkenaan melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM180,000 setahun atau RM15,000 sebulan yang akan disalurkan bermula Julai. – Getaran, 22 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia