web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


200 Restoran Mamak Berisiko Ditutup Kerana Kurang Kakitangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 9:18AM

Pemilik Restoran Nasi Kandar Hameediyah berkata, ramai pelanggan terpaksa menunggu selama sejam sebelum dihidangkan kerana kekurangan pekerja. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Hampir 200 kedai nasi kandar dan restoran India Muslim (mamak) di Pulau Pinang berisiko ditutup berikutan kehilangan hampir 20,000 pekerja asing.

Presiden Organisasi Komuniti India Muslim Malaysia Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan, 39, berkata sesetengah pemilik restoran belum beroperasi, manakala ada yang masih tidak membenarkan dine in kerana kekurangan tenaga kerja, lapor The Vibes.

Beliau menambah kebanyakan pemilik restoran terpaksa menghantar pulang pekerja asing ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dan ada juga pekerja yang pulang ke kampung masing-masing untuk bercuti dan terkandas di tahan air sendiri.

“Kami merayu kepada kerajaan untuk melonggarkan syarat kemasukan untuk pekerja asing seperti sebelum ini kerana kami benar-benar memerlukan mereka.

“Kami telah membuka peluang pekerja kepada orang tempatan. Malangnya tiada sambutan. Ini adalah sebab kenapa kami masih memerlukan pekerja asing, terutama sekali dari India,” katanya di sidang media di hadapan Restoran Hameediyah semalam.

Rizwan menambah tawaran kerja kepada penduduk tempatan sentiasa terbuka dengan gaji minimum RM1,800 sebulan dan faedah yang lain.

Sementara itu, pemilik Nasi Kandar Hameediyah Ahamed Seeni Pakir Abdul Sukkor, 66, mengaku yang kekurangan pekerja telah menyebabkan restoran itu didenda RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) minggu lepas.

Beliau berkata ketika kejadian, para pekerjanya, yang baru pulang dari menunaikan solat Jumaat, terpaksa bergegas ke kedai untuk melayan terlalu ramai pelanggan jadi mereka lupa untuk mendaftar masuk di aplikasi MySejahtera.

“Sebelum pandemik kami mempunyai 50 pekerja, tetapi sekarang hanya tinggal 20 yang terdiri daripada pekerja asing dan tempatan.

“Sekarang kami kekurangan 30 pekerja kerana mereka telah pulang ke kampung halaman masing-masing. Jika mempunyai bilangan pekerja yang mencukupi kami tidak akan didenda seperti minggu lalu,” kata Ahamed Seeni.

Kerana kekurangan pekerja, Ahamed Seeni berkata ramai pelanggan terpaksa menunggu selama satu jam sebelum dihidang, terutama sekali apabila rentas negeri dibenarkan bermula minggu lepas.

Beliau menambah satu cawangan Hameediyah, yang menghidangkan makanan tandoori, terpaksa ditutup tahun lepas kerana kekurangan tenaga pekerja.

“Ketika PKP kami hanya melayan 300 pelanggan sehari. Tetapi selepas rentas negeri dibenarkan minggu lepas, kami menerima lebih kurang 1,000 pengunjung sehari.

“Saya juga berharap untuk mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan untuk mendirikan khemah di kaki lima supaya para pelanggan yang sedang beratur menunggu ada tempat untuk berteduh,” katanya. - Getaran, 23 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

4

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia