web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Ketika Keluar Berbasikal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Oct 2021 12:24PM

Mayat dijumpai oleh rakannya yang baru sampai di pondok tersebut.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang lelaki maut ketika berhenti rehat di sebuah pondok bas, dipercayai akibat keletihan mengayuh basikal di Hill Top, Jalan Utara, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Abdul Gani Dahlan, 58, dikatakan sedang berehat di pondok bas berkenaan sebelum tiba-tiba rebah.

Difahamkan, sebelum kejadian, lelaki berkenaan keluar beriadah mengayuh basikal dari rumahnya di Kampung Tanjung Batu Darat pada jam 3.30 petang sebelum tiba di lokasi kejadian.

Seorang daripada kenalannya yang baru tiba menemui Allahyarham dalam keadaan tidak sedarkan diri  sebelum orang ramai mula datang untuk memberikan bantuan.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian selepas ahli keluarga dipercayai anak Allahyarham kelihatan menangis sambil memangku jasad ayah mereka.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Menurut ahli keluarganya, lelaki itu tidak mempunyai sejarah penyakit jantung.

“Mayat dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk menjalani prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dan bedah siasat,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Getaran, 23 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

4

Sukan 5 bulan yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia