web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Majikan Dera Pembantu Rumah, Polis Lancar Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Oct 2021 1:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Selangor sedang menyiasat satu laporan penderaan terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia oleh majikannya, yang berpangkat pengarah sebuah agensi penguatkuasaan.

Kejadian dikatakan berlaku Isnin lalu, di sebuah bilik di rumah majikannya dekat Kelana Jaya.

Wanita berusia 40-an itu mendakwa dipukul di bahagian kepala, manakala tangannya dilipat sebelum dikurung dalam sebuah bilik.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan berjaya melarikan diri dan terus menuju ke Kedutaan Indonesia untuk mendapatkan bantuan.

“Dia kemudian dinasihatkan membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa dirinya.

“Wanita itu turut mendakwa sudah lama tidak dibayar gaji oleh majikannya,” kata sumber kepada Getaran ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

“Setakat ini, tiada tangkapan susulan dan siasatan giat dilakukan,” katanya. - Getaran, 23 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

3

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

4

Luar Negara 7 bulan yang lalu

PEMILU 2024: Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Prabowo

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia