web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SOP Adil Untuk Semua, Masalah Timbul Kes Terpencil

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 3:37PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prosedur operasi standard (SOP) bagi perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) untuk menangani penularan ancaman COVID-19 yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk golongan kurang upaya (OKU).

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, kerajaan tidak pernah meminggirkan atau bersikap double standard terhadap golongan itu.

Bagaimanapun katanya, jika timbul isu SOP ‘tidak mesra’ OKU terutamanya ketika ‘dine in’, ia mungkin masalah sesetengah operator dan pengendali restoran terbabit.

“Mungkin situasi yang dialami golongan tersebut melibatkan sesetengah pengendali restoran. Kadang-kadang ada benda kita tak puas hati tapi benda boleh bawa berbincang.

“Tak adil untuk kata SOP yang ditetapkan tak mesra OKU. Saya percaya MKN sudah fikir segala aspek sebelum keluarkan sesuatu SOP.

“Bagi saya SOP yang ada memang adil untuk diguna pakai semua orang. Mungkin masalah yang timbul itu hanyalah kes terpencil sahaja,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan sesetengah ibu bapa yang menghadapi kesulitan semasa membawa anak istimewa mereka untuk ‘dine in’ di premis dan restoran yang sudah dibenarkan beroperasi.

Menurut Dr Zainal, SOP yang ditetapkan cuba memudahkan urusan semua pihak untuk menjalani kehidupan norma baharu.

“Bayangkan dulu ada lebih 1,000 SOP. Sekarang dah turun dan semakin banyak kelonggaran untuk mudahkan semua pihak.

“Kalau ‘dine in’ saya percaya pekerja restoran akan guide kita. Mereka dah pun susun atur tempat duduk, semuanya perlu ikut SOP. Kalau ada ahli keluarga yang berkerusi roda, saya rasa mereka dah sediakan tempat khas yang lagi selesa dan tak ada orang ramai,” katanya.

Begitu pun, Dr Zainal meminta orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan bagi mengelakkan risiko jangkitan COVID-19.

“Tak kira pun siapa kita, terus patuh SOP ditetapkan. Saya rasa benda ini mudah saja. Kalau nak pergi mana-mana pakailah pelitup muka, kerap cuci tangan dan jaga penjarakan sosial.

“Lagipun kita dah hidup dengan virus ini dah hampir dua tahun. Sepatutnya kita semua dah faham SOP yang ditetapkan.

“Kadang tu saya hairan apa yang susah sangat nak ikut. Semuanya tentang disiplin. Kalau kita terus leka tak mustahil kes akan naik semula,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menegaskan syarat vaksinasi lengkap bagi makan di restoran atau ‘dine in’ dikekalkan dalam semua peringkat fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Mengikut SOP MKN yang terbaharu, ibu bapa yang lengkap vaksin juga dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk ‘dine-in’ di restoran, hotel dan kedai-kedai makan, beriadah serta melancong dalam negeri.

Kesemua mereka tetap perlu mematuhi protokol kesihatan umum, antara paling utama ialah tidak bergejala dengan bacaan suhu badan di bawah paras 37.5 darjah Celsius.

Pemilik premis perniagaan pula mesti memaparkan notis penerimaan pelanggan yang lengkap divaksin dan tidak bergejala sahaja di pintu masuk.

Premis juga perlu mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan susun atur meja mengikut penjarakan satu meter. - Getaran, 23 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Kisah Kita 6 bulan yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia