web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nelayan Vietnam Ditahan, Peralatan Khas Tangguk Gamat Dirampas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Oct 2021 4:29PM

Nelayan Vietnam yang ditahan oleh anggota APMM.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUDAT - Sebuah bot milik nelayan Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas menceroboh perairan dan menjarah hasil laut negara.

Pengarah Maritim Zon Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, bot berkenaan ditahan lebih kurang jam 8 pagi semalam ketika pelaksanaan operasi Op Pluto Timur di perairan Kudat.

Menurut Chin Chau, APMM semasa rondaan  mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan, yang kemudiannya disyaki milik nelayan asing berdasarkan struktur fizikal bot berkenaan.

“Anggota operasi telah memintas bot tersebut dan ia berjaya ditahan pada jarak sekitar tujuh batu nautika dari timur laut Pulau Tigabu, Pitas.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tanpa nombor pendaftaran itu dikendali tujuh anak kapal termasuk tekong warga Vietnam berusia dalam lingkungan 35 hingga 50 tahun,” katanya hari ini.

Chin Chau berkata, APMM turut merampas 3,000 liter minyak diesel, gamat dan peralatan menangguk hidupan laut tersebut.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM500,000 dan kesemua tahanan telah dibawa ke Jeti Maritim Kudat untuk siasatan lanjut.

“Bot berkenaan menggunakan sebuah peralatan direka khas untuk menjarah gamat, diperbuat daripada besi yang sangat berat dan ia mampu memecahkan batu karang ketika ditunda.

“Peralatan ini dilarang dan tidak digunakan nelayan tempatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Jika sabit kesalahan, tekong boleh didenda sebanyak RM6 juta manakala kru boleh didenda RM600,000 setiap seorang  dan bot yang disita pula boleh dilucut hak.

Orang awam diminta menyalurkan maklumat berkaitan salah laku jenayah dan kecemasan di laut kepada APMM di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) atau talian MERS999. - Getaran, 23 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Helikopter Milik APMM Terhempas Di Kuala Selangor

3

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

5 Ditahan Pukul Lelaki Hingga Maut Di Semenyih

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia