web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terengganu Mungkin Wajibkan Saringan COVID-19 Kepada Pelancong Ke Tasik Kenyir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 8:39PM

Ariffin berkata Terengganu mungkin akan mewajibkan ujian saringan COVID-19 kepada pelancong yang  datang ke Tasik Kenyir dan pulau peranginan utama di negeri itu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SETIU - Terengganu berkemungkinan akan mewajibkan saringan COVID-19 ke atas pelancong yang berkunjung ke Tasik Kenyir dan pulau peranginan utama negeri itu.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman berkata, langkah mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) itu dibuat susulan peningkatan kemasukan pelancong ke Terengganu sejak aktiviti merentas negeri dibenarkan.

“Kita memang ada perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negeri (MKN), kita syorkan supaya diadakan SOP yang ketat, biarpun sekarang dah masuk fasa keempat (Pelan Pemulihan Negara),” katanya pada sidang media di Kampung Mangkuk di sini hari ini.

Ariffin menyatakan demikian selepas menghadiri program pengisytiharan kampung pelancongan dan gotong royong di Kampung Mangkuk dan Kampung Baru Penarik di sini.

Menurut beliau, keputusan berhubung cadangan tersebut akan diketahui dalam mesyuarat MKN negeri esok.

"Ketika ini kerajaan negeri tidak mewajibkan ujian COVID-19, namun usaha itu ada dilakukan oleh sesetengah pengusaha resort dan hotel di sini," katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, pengisytiharan Kampung Mangkuk dan Kampung Baru Penarik sebagai kampung pelancongan merupakan usaha kerajaan negeri untuk menonjolkan identiti perkampungan nelayan tradisional itu.

Ariffin berkata, keunikan kampung tersebut yang kaya dengan budaya dan kecantikan landskap pantainya membolehkan ia disenarai pendek sebagai Kampung Pelancongan Terbaik Negara.

“Kampung Mangkuk dan Kampung Baru Penarik akan bersaing dengan dua  kampung lagi iaitu Miso Walai di Sabah dan Kampung Bario, Sarawak bagi merebut gelaran tersebut dalam program dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia,” katanya. - Getaran, 23 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia