web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Moratorium Peminjam PTPTN Langkah Terbaik, Bantu Atasi Beban Kewangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Oct 2021 7:30AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan pemberian moratorium bersasar kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) adalah satu langkah terbaik bagi mengatasi masalah kewangan dihadapi golongan terbabit, terutama untuk mendepani pandemik COVID-19.

Majoriti peminjam jelas menyokong langkah terbabit, kerana ia berperanan besar membantu mereka meringankan kemelut kewangan dihadapi, khususnya individu yang tidak pernah gagal melunaskan bayaran mengikut jadual.

Pekerja sektor swasta, Asyraf Ashaari, 28, berkata, cadangan tersebut merupakan satu langkah efektif bagi menambah wang saku, demi meneruskan kelangsungan hidup yang semakin menghimpit.

Bagaimanapun dia berpendapat, moratorium diberikan harus tepat kepada golongan sasaran iaitu mereka yang benar-benar terjejas.

“Moratorium bersasar ini harus diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik dan masih menganggur kerana tiada peluang pekerjaan.

“Keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika ini lebih penting kerana kita masih dibelenggu wabak COVID-19,” katanya yang juga peminjam PTPTN.

Sementara itu, pengurus jualan, Munirah Zainal, 31, bersetuju dengan cadangan terbabit namun berkata, pihak PTPTN harus meneliti terlebih dahulu latar belakang penerima moratorium supaya tepat kepada golongan sasaran.

Munira Zainal
Munira Zainal

“Pihak PTPTN atau kerajaan harus menetapkan kriteria untuk membolehkan seseorang itu menerima moratorium supaya ia tepat kepada golongan yang benar-benar terjejas.

“Saya berpendapat, golongan yang harus diutamakan adalah mereka yang kehilangan pekerjaan di kala pandemik ini, atau graduan universiti, tetapi sehingga kini masih belum mendapat pekerjaan,” katanya.

Pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu negara, Hasanah Abdullah, 32, pula berpendapat, cadangan moratorium bersasar itu kena pada masanya, susulan ekonomi dan keadaan peminjam sendiri yang masih dalam proses pemulihan.

Katanya, jika peminjam mendapat moratorium, sudah pasti mereka memiliki wang lebih untuk kegunaan harian termasuk membeli barangan keperluan.

“Aliran wang itu sudah pastinya sedikit sebanyak akan membantu memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik ini.

“Tambahan pula dalam keadaan pandemik yang tidak menentu ini, bukan mudah untuk mereka mendapatkan pekerjaan jika dapat sekali pun gaji yang ditawarkan agak rendah,” katanya.

Hasanah Abdullah
Hasanah Abdullah

Kelmarin, Getaran melaporkan Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan meminta kerajaan untuk membenarkan pemberian moratorium bersasar kepada peminjam PTPTN yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, PTPTN seharusnya dibenarkan memberi diskaun sekurang-kurangnya 20 peratus kepada peminjam yang membuat pembayaran penuh dana pendidikan terbabit, sekiranya moratorium itu sukar dilaksanakan.

“Diskaun ini adalah satu perkara yang popular dan sering disebut dalam pelbagai sesi libat urus yang kami jalankan. Saya harap kerajaan akan mempertimbangkannya dalam Belanjawan 2022.

“Saya juga sampaikan surat rasmi daripada saya selaku Pengerusi PTPTN kepada Menteri Kewangan mengenai perkara ini,” katanya. - Getaran, 24 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

2

Sukan 8 bulan yang lalu

Safawi, Akhyar Sah Bersama TFC

3

Pendidikan 10 bulan yang lalu

Pelbagai Tawaran Sempena Hari Mesra Pelanggan, Kempen Jom Bayar PTPTN

4

Pendidikan 10 bulan yang lalu

Rakyat Setuju Bayaran Balik PTPTN Adalah Tanggungjawab Yang Perlu Dipenuhi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia