web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Lelaki Dikhuatiri Lemas Jatuh Sungai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 7:39AM

Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas tergelincir masuk sungai di Kampung Jawa Lanut, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa yang berusia 3 tahun dikatakan sedang bermain bersama rakannya sebelum tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

Difahamkan, penduduk kampung berusaha menyelamatkan mangsa dan sempat memegang anggota badannya beberapa kali, namun terlepas akibat arus deras.

Bimbang mangsa dihanyutkan lebih jauh, orang ramai menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tawau, Julius John Stephen ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.45 petang.

“Operasi SAR dilancarkan dan kerja pencarian di permukaan dilakukan sejauh dua kilometer dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh.

“Bagaimanapun, mangsa masih belum ditemui dan operasi SAR terpaksa ditangguhkan sementara pada jam 6.05 petang ekoran keadaan cuaca yang gelap,” katanya

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri N70 Kukusan Rina Jainal turut hadir di lokasi kejadian bagi meninjau operasi SAR selain bertemu dengan keluarga.

Beliau ketika ditemui melahirkan harapan agar mangsa dapat ditemui pada kadar segera.

“Sebagai seorang ibu, sudah tentu hati saya tersentuh apabila perkara seperti ini berlaku.

“Saya berharap agar mangsa ditemui segera dan menasihatkan orang ramai khususnya ibu bapa untuk lebih berwaspada terhadap keberadaan anak, apatah lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang,” katanya.

Menurut Rina, permohonan pemasangan pagar di tebing sungai akan dikemukakan pada kadar segera, demi melindungi keselamatan kanak-kanak di kawasan tersebut.

“Ini bukan kes pertama kanak-kanak tergelincir seperti ini, sewajarnya langkah pencegahan proaktif termasuk pemasangan pagar dilakukan,” katanya. - Getaran, 24 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia