web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Jatuh Sungai Ditemui Lemas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 1:37PM

Mayat mangsa terbabit diserahkan kepada polis dan operasi SAR ditamatkan jam 8.30 pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Kanak-kanak lelaki yang dihanyutkan arus deras selepas tergelincir ketika bermain bersama rakannya di Kampung Jawa Lanut, semalam, ditemui lemas pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.19 pagi tadi, mayat Mohd Alif Amiruddin, 3, dijumpai orang ramai yang turut membantu mencari pada jarak 600 meter dari lokasi mangsa tergelincir.

Ibu mangsa, Hikma Wari Baharuddin, 20, ketika dihubungi Getaran meluahkan kesyukuran apabila mayat anak kedua daripada tiga beradik itu ditemui tidak sampai 24 jam selepas dia dilaporkan hilang, petang semalam.

“Biarpun dalam keadaan tidak bernyawa, kami sekeluarga reda atas ketentuan Allah.

“Ketika ini, anak saya diserahkan kepada Hospital Besar Tawau untuk menjalani prosedur operasi standard COVID-19 dan bedah siasat,” katanya.

Alif tergelincir ketika bermain bersama rakannya lalu dihanyutkan arus deras sungai.
Alif tergelincir ketika bermain bersama rakannya lalu dihanyutkan arus deras sungai.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Tawau Julius John Stephen mengesahkan penemuan mayat mangsa.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula jam 6.52 pagi tadi selepas ditangguhkan petang semalam.

“Mayat kanak-kanak terbabit diserahkan kepada polis dan operasi SAR ditamatkan jam 8.30 pagi tadi,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kehilangan Mohd Alif selepas tergelincir ke sungai ketika sedang bermain bersama rakannya, jam 2.30 petang, semalam.

Difahamkan, penduduk kampung sempat memegang mangsa beberapa kali namun, terlepas selain keadaan sungai yang berarus deras akibat hujan. - Getaran, 24 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia