web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berbasikal Tapi Pentingkan Diri, Memang Wajar Dikenakan Tindakan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 3:25PM

Lokman (dua kanan) amat tidak bersetuju dengan tindakan penunggang basikal yang mementingkan diri.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini, aktiviti berbasikal secara berkumpulan mahupun individu menjadi tumpuan apabila mereka dilihat melakukan pelbagai aksi yang membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.

Mereka dianggap mementingkan diri apabila menggunakan lebuh raya untuk beriadah secara individu atau secara berkumpulan, tanpa menitikberat aspek keselamatan hingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Bagi Shikin Saadon, 36, dia sebagai pengguna jalan raya pernah berhadapan penunggang basikal yang membahayakan keselamatan orang ramai.

“Saya rasa, memang wajar sekiranya kerajaan mengenakan tindakan tegas kepada penunggang basikal yang tidak mematuhi undang-undang.

“Saya sendiri melihat kejadian penunggang basikal tidak sayangkan nyawa mereka. Bayangkan pengguna lebuh raya memandu mengikut kelajuan yang tinggi, tiba-tiba ada penunggang basikal di lebuh raya.

“Bukan sahaja membahayakan kenderaan lain, malah saya fikir mereka ini tidak sayangkan nyawa sendiri,” kata suri rumah itu kepada Getaran.

“Saya dan kawan-kawan lain juga kerap berbasikal, tetapi kami memilih lokasi berbasikal yang sesuai.”

Sementara itu, jurutera, Lokman Ismail, 33, yang menjadikan aktiviti berbasikal sebagai hobi, turut melahirkan pendapat senada.

Jelas Lokman, dia bersama rakan-rakan lain amat tidak bersetuju dengan tindakan penunggang basikal yang mementingkan diri.

“Sekarang memang aktiviti berbasikal menjadi trend, saya dan kawan-kawan lain juga kerap berbasikal, tetapi kami memilih lokasi berbasikal yang sesuai.

“Sebagai contoh di Putrajaya, ada laluan untuk penunggang basikal. Jadi kami banyak menghabiskan masa di sana,” katanya.

Beliau bagaimanapun berpendapat, kerajaan perlu memperbanyakkan lagi laluan penunggang basikal kerana aktiviti berkenaan mula mendapat perhatian meluas sejak kebelakangan ini, apabila kesedaran menjaga kesihatan sudah mula meningkat dalam kalangan masyarakat.

“Individu yang gagal mematuhi papan tanda lalu lintas akan dikenakan tindakan.”

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan melarang aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran pihak berkuasa dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, penunggang basikal yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Jelas beliau, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.

“Individu yang gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang aktiviti berbasikal di lebuh raya akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) akta sama, manakala Seksyen 112(3) pula membolehkan basikal disita jika melakukan mana-mana kesalahan,” katanya.

Terdahulu, statistik Polis Diraja Malaysia PDRM merekodkan sebanyak 150 kes kemalangan membabitkan penunggang basikal, sejak Januari hingga September tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 71 kes berakhir dengan kematian, manakala 24 cedera parah dan 55 lagi cedera ringan. - Getaran, 24 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia