web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Edar Dadah, Wanita Antara 3 Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 9:02PM

Suspek yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di Sandakan, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang wanita antara tiga individu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di Sandakan, semalam.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdul Rani Alias berkata, tiga individu berkenaan ditahan susulan serbuan ke atas sebuah kondominium di daerah tersebut.

Abdul Rani berkata, pasukan PGA diketuai Pegawai Pemerintah Batalion 20 Beluran, Asisten Komisioner (ACP) Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa yang bertindak atas maklumat, menahan seorang lelaki sekitar jam 9 malam di kawasan tempat letak kenderaan di kondominium itu.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek telah menemui wang tunai berjumlah RM80,000 yang disyaki hasil daripada jualan dadah.

“Soal siasat ke atas suspek juga telah membawa kepada serbuan ke atas sebuah kondominium,” katanya.

Hasil rampasan.
Hasil rampasan.

Menurut Abdul Rani, anggotanya telah menahan dua lagi individu, termasuk seorang wanita dalam serbuan itu.

Pihak berkuasa turut menjumpai tiga bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 2,676 gram, yang dianggarkan bernilai RM200,000.

“Pasukan kita turut menjumpai wang tunai berjumlah RM50,680, mesin mengira wang, mesin pembungkus, alat penimbang digital, telefon bimbit dan komputer riba.

“Kesemua rampasan termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda dianggarkan bernilai RM370,680,” katanya.

Menurut beliau, ketiga-tiga suspek yang berusia 29 hingga 41 tahun bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Getaran, 24 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 4 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia