web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laksanakan Semula Program Sarapan Pagi Percuma - Dr Maszlee

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 2:02PM

Maszlee berkata, program berkenaan berupaya membantu meringankan bebanan rakyat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menjalankan Program Sarapan Pagi Percuma (PSP) membabitkan semua murid sekolah rendah tanpa diskriminasi menjelang 2022.

Mengulangi pendirian itu, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, program berkenaan berupaya membantu meringankan bebanan rakyat, termasuk golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Kita maklum rakyat sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan di waktu ini (pandemik) dan saya mengucapkan terima kasih atas inisiatif kerajaan untuk membentangkan Belanjawan berfokuskan kepada 3M yang sedang dan akan dilaksanakan, iaitu memulih kehidupan, membina semula daya tahan dan memangkin pembaharuan.

“Cuma permintaan saya agar di dalam inisiatif yang dilakukan kerajaan untuk membantu rakyat, terutama B40 serta M40 ini supaya PSP kepada anak-anak sekolah rendah, seperti mana acapkali saya bawa ke dewan mulia ini dapat dijalankan menjelang tahun 2022 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab sempena Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, Maszlee berharap kerajaan dapat meneruskan program itu di sekolah rendah tanpa diskriminasi, kerana pelaksanaannya dapat membantu 7,772 sekolah, lebih 2.7 juta murid dan keluarga.

Menjawab kenyataan Maszlee itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kerajaan bertekad untuk memastikan semua rakyat yang layak memperoleh bantuan tersebut, termasuk menerusi program PSP yang membabitkan murid miskin tegar seperti pelaksanaan sedia ada.

“Yang Berhormat (Maszlee) mahu bantuan ini meliputi sarapan pagi secara percuma, dinikmati semua tanpa mengira kelas pendapatan yang sudah pasti membabitkan peruntukan amat besar.

“Ini (membantu rakyat yang layak) sudah dikaji dan masih dikaji kerajaan, sudah pasti cadangan YB ini didengar Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,” kata Ahli Parlimen Jeli itu.

Ketika memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Maszlee mengumumkan PSP 2020 yang layak diterima semua murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan, namun ia tergendala selepas kerajaan bertukar.

Program itu bertujuan menyediakan makanan berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang, bagi memastikan murid mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat serta merangsang proses tumbesaran dengan lebih baik. - Getaran, 25 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

2

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

4

Pendidikan 7 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia