web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pamer Aksi Berbahaya, 9 'Superman' Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 4:29PM

9 lelaki ditahan dalam Ops Samseng Jalanan yang diadakan di Lebuhraya Pantai Timur, petang semalam. - Gambar dari Facebook Polis Trafik Kuantan 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Keseronokan sembilan lelaki menunggang motosikal sambil melakukan aksi berbahaya tidak bertahan lama, apabila ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Kilometer 216 hingga 193, Lebuhraya Pantai Timur, menghala ibu negara petang semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, semua pemuda berusia antara 20 hingga 29 tahun itu berjaya dikesan susulan aduan dibuat pengguna lebuh raya. 

"Ketika operasi dijalankan, semua suspek didapati menunggang motosikal dengan kelajuan tinggi dan melakukan aksi zig-zag serta Superman.

"Mereka ditahan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang (motosikal) secara melulu serta berbahaya, dan polis turut menyita sembilan motosikal digunakan kumpulan lelaki terbabit bagi siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Kamarulzaman berkata, operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama pasukan polis Peronda Lebuh Raya (EMPV) Bukit Aman, JSPT Pahang dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Kuantan. 

Operasi bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu membabitkan empat pegawai dan 27 anggota.

"Pihak kami juga mengeluarkan sejumlah 217 saman membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi sama. 

"Orang ramai, terutamanya pengguna jalan raya diingatkan agar mematuhi peraturan ditetapkan dan memandu secara  berhemah bagi mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang, termasuk saman,” katanya.

Kamarulzaman turut meminta pengguna mengambil kira keselamatan diri dan orang lain sebelum terbabit dalam sebarang aktiviti menyalahi undang-undang, termasuk memandu secara berbahaya atau mengubahsuai kenderaan bagi tujuan berlumba. 

"Kita tidak akan bertolak ansur jika kumpulan atau individu ini didapati dengan sengaja mengubahsuai kenderaan (motosikal) untuk tujuan berlumba atau untuk berseronok sesama mereka," katanya. – Getaran, 25 Oktober 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia