web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Edar Syabu, 2 Sahabat Dihukum Mati

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 3:39PM

Ardiansyah (kanan) dan Muhammad Taufiq (tengah) dijatuhkan hukuman mati mandatori di Mahkamah Tinggi Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Dua sahabat dijatuhi hukuman gantung mandatori oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 327.1 gram metafetamin.

Kedua-dua tertuduh, Ardiansyah Sudirman, 33, dan Muhammad Taufiq Asis, 29, yang memakai baju T berwarna putih dilihat menundukkan muka ketika keputusan dibacakan Hakim Dr Lim Hock Leng.

Kedua-dua mereka yang bekerja sebagai buruh dan pengusaha bot dituduh melakukan kesalahan itu di jeti lama Pusat Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) Tawau pada jam 1 petang, 14 April dua tahun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup.

Menurut fakta kes, tertuduh pertama dilihat memasuki bangunan CIQ dengan membawa sebuah kotak, sebelum bertemu rakannya itu yang menunggu di bahagian pelepasan.

Muhammad Taufiq kemudian mengambil kotak terbabit , tetapi bertindak membuangnya selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, sebelum berjaya diberkas.

Terdahulu menerusi hujah pembelaan, mahkamah diberitahu bahawa kedua-dua tertuduh tidak berada di lokasi kejadian dan mereka juga tidak mengetahui bahawa kotak terbabit tersebut mengandungi dadah itu.

Hakim Hock Leng bagaimanapun memutuskan, mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah, manakala pihak pendakwa berjaya membuktikan kedua-dua tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah berkenaan dan terbabit dalam pengedarannya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran, dan Ardiansyah diwakili peguam lantikan mahkamah Jhassary Kang manakala peguam Andy Tay mewakili Muhammad Taufiq.

Pihak pendakwa memanggil tiga saksi pendakwaan manakala tertuduh menjadi saksi sendiri di pihak pembelaan. – Getaran, 26 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 6 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia