web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPM Pandang Serius Dakwaan Pemeriksaan Haid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 10:29AM

Radzi terus ke sebuah sekolah di Setapak setelah tiba dari Kuching, bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berkenaan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius dakwaan  pemeriksaan haid secara fizikal yang masih berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd  Radzi Jidin berkata, kementerian itu juga komited untuk memastikan amalan tersebut tidak terus berlaku di institusi di bawah seliaannya.

Justeru, katanya, sejurus tiba dari Kuching, Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau terus ke sebuah sekolah di Setapak bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berkenaan.

“Kedatangan saya pada malam ini adalah untuk mendengar dan mendapatkan maklum balas secara terus daripada murid di sekolah berkenaan.

“Turut bersama saya adalah Ketua Setiausaha KPM, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Isu mengenai pemeriksaan haid secara fizikal hangat diperkatakan beberapa bulan lalu selepas sebuah portal berita mendedahkan amalan berkenaan di beberapa sekolah sejak 20 tahun lalu.

Pemeriksaan terbabit didakwa dilakukan guru terhadap pelajar bagi menghalang pelajar menggunakan alasan haid untuk mengelak daripada solat berjemaah.

Radzi berkata, pihaknya mendengar penjelasan daripada pengetua dan guru sekolah ketika pertemuan itu.

“Kami akan perhalusi perkara-perkara yang dimaklumkan semasa perjumpaan sebentar tadi (semalam).

“KPM sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di sekolah dan asrama. Ini bagi mewujudkan sekolah yang sejahtera untuk semua,” katanya. - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

2

Semasa 7 bulan yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

3

Kisah Kita 10 bulan yang lalu

Pastikan Tidak Lenyap, Usaha Kamuskan Bahasa Mendriq Sudah Bermula 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Radzi Jidin Nafi Terbabit Rasuah, Bekas Setiausaha Politik Direman 4 Hari

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia