web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


12 Masjid Wilayah Persekutuan Jadi Pusat Aduan, Kaunseling Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Oct 2021 1:26PM

Siti Zailah ketika sesi soal lisan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12 masjid di Wilayah Persekutuan dipilih sebagai pusat aduan dan khidmat kaunseling bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Selain itu, beliau berkata dua masjid iaitu Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Masjid Al-Ghufran di pinggiran Taman Tun Dr Ismail dijadikan pusat transit untuk mangsa.

“Inisiatif ini adalah di bawah Pelan Pengimarahan Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024 dan bagi memperluaskan fungsi masjid sebagai pusat komuniti setempat yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk sokongan psikososial dan kerohanian,” katanya yang turut memaklumkan setakat ini hanya seorang individu telah mendapatkan perlindungan di masjid.

Siti Zailah menjawab soalan Nor Azrina Surip (PH-Merbok) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat, yang ingin tahu jumlah pemandiri keganasan rumah tangga yang dilindungi di masjid.

Sementara itu, beliau berkata cadangan menaikkan kadar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 adalah tertakluk kepada kelulusan dan kedudukan kewangan kerajaan.

Siti Zailah berkata kementeriannya mengemukakan cadangan itu kepada Kementerian Kewangan berikutan ia melibatkan peruntukan kewangan. 

“Pelaksanaan ini adalah tertakluk mengikut jumlah keseluruhan bantuan kepada isi rumah yang sekiranya dilaksanakan satu keluarga, ada yang mendapat lebih RM1,900 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Teo Nie Ching (PH-Kulai) yang bertanya bilakah bantuan bulanan JKM sebanyak RM1,000 untuk golongan orang kurang upaya (OKU) akan dilaksanakan.

Pada 3 Disember tahun lepas, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan JKM kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200 hingga RM300 sekarang, akan dilaksanakan segera. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia